Loading...

JANGAN DENGAR FITNAH DAN KHABAR ANGIN

Loading...
 
AHLI PAS HANYA AKAN MERASA TENANG JIKA SEGALA BERITA FITNAH DAN HASUTAN DAN APA JUGA RUPA BENTUK SERANG SARAF MESTI DIAMBIL TINDAKAN JIKA BERITA TERSEBUT MEMBERI JEJAS SECARA NYATA.
 
BERITA INI SEBENARNYA TELAH MEREBAK, BAHKAN ADA DIANTARA AHLI PAS SUDAH TAWAR HATI DENGAN SIKAP PUCUK PIMPINAN KERANA MEMBISU.
 
SEPATUTNYA PAS TELAH MEMULAKAN SERANGAN YANG AGRASIF TENTANG FITNAH ATAU SERANG SARAF INI, BUKAN HANYA MELIHAT DAN TUNGGU SAHAJA.
 
MEMANG PUAK-PUAK YANG MENGATUR FITNAH DAN SERAG SARAF INI SUKA JIKA PAS MENJADI BISU DAN HANYA TUNGGU DAN LIHAT SAHAJA.
 
DI SELANGOR SAHAJA PAS MESTI MENGENAL PASTI YANG MANA AHLINYA SUDAH ADA DITAWARKAN MEMBUKA CAWANGAN BARU OLEH PARTI BERSATU. INI ADALAH DISEBABKAN KEALPAAN PIMPINAN YANG BERSIKAP TUNGGU DAN LIHAT.
 
TIDAK MUSTAHIL PKR SUDAH BERSEDIA MENERIMA RAMAI AHLI PAS YANG AKAN MENYERTAI PARTI TERSEBUT. TIDUR LA LAGI !!!
 
-Pak Karamu-
 
 

Tumpu PRU, jangan dengar berita fitnah

AddThis Sharing Buttons

 Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan ahli parti itu agar menumpukan perhatian kepada persiapan menghadapi PRU14 daripada melayan berita-berita fitnah.

Beliau berkata, beliau tidak mahu tumpuan ahli terganggu dengan berita-berita fitnah khususnya khabar angin yang mengaitkan wakil rakyat Pas di Selangor kononnya akan melompat parti menyertai PKR.

Tuan Ibrahim berkata, berita fitnah itu sengaja digembar-gembur sehingga menimbulkan persepsi bahawa ada wakil rakyat Pas di Selangor yang tidak puas hati dengan prinsip perjuangan lalu keluar parti.

“Jangan biar pihak-pihak yang sengaja mengganggu tumpuan kita dengan memainkan pelbagai isu fitnah. Berita yang disebarkan itu hanya fitnah jahat golongan terdesak untuk menyambung nyawa-nyawa ikan sebelum PRU14,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah portal yang memetik sumber sebagai berkata, jentera pilihan raya PKR Selangor diminta bersedia menerima gelombang kemasukan ke-2 pemimpin dan ahli Pas negeri itu, termasuk bertanding atas tiket parti reformasi pada PRU14.

Sumber itu dilaporkan mendakwa gelombang ke-2 itu membabitkan wakil rakyat Pas Selangor yang dikatakan tidak berpuas hati dengan hala tuju parti Islam itu ketika ini yang mahu bersendirian pada PRU14.

Tuan Ibrahim berkata, beliau yakin ahli Pas tetap beristiqamah dengan parti di dalam pelbagai isu yang melanda kerajaan Selangor, malah mereka sangat tabah, sabar dan patuh kepada keputusan parti.

“Namun, kerana sabar dan tabahnya ahli Pas, wujud pihak yang dengki, iri hari dan berusaha mencetuskan api fitnah agar berasa curiga antara satu sama lain.  

“Ahli Pas bagaimanapun perlu bersedia menghadapi gelombang fitnah yang dipercayai akan lebih dahsyat menjelang PRU14 nanti,” katanya.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "JANGAN DENGAR FITNAH DAN KHABAR ANGIN"

Posting Komentar