Loading...

Pemuda Amanah ucap tahniah kemenangan Aishah dalam GV4

Loading...


Pemuda Amanah ucap tahniah kemenangan Aishah dalam GV4

Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan Ketua Wanita Amanah Nasional Kawasan Batu Wan Aishah Wan Ariffin atau penyanyi Aishah kerana menjuarai Konsert Gegar Vaganza 4 (GV4) semalam.

Shazni Munir Mohd Ithnin
Shazni Munir Mohd Ithnin

Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, kejayaan Aishah mengalahkan lima lagi peserta akhir konsert GV4 ini nyata mengubat kerinduan jutaan peminat yang mendewasa dengan lagu-lagu popularnya.

“Pemuda AMANAH percaya bahawa kejayaan Aishah bakal menjadi penanda aras baharu dalam melahirkan artis muda yang berkualiti, seterusnya mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

“Semoga Aishah terus maju demi memartabatkan karya seni di peringkat lebih tinggi. Kami akan terus menyokong dan mendoakan agar segala impian dan cita-cita beliau tercapai,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Semalam pelantun lagu ‘Janji Manismu itu merangkul tempat pertama dengan membawa pulang wang tunai RM100,000 tunai dan satu lot tanah banglo sumbangan Bina Megan Empire dan pakej percutian ke Eropah Timur sumbangan portal selamatbercuti.com. Selain baucar membeli-belah bernilai RM6,000 sumbangan Go Shop dan piala Gegar Vaganza.

Aishah,52, menewaskan lima peserta lain, Liza Hanim, Hazami, Lan, Firman dan Tia Jinbara.

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pemuda Amanah ucap tahniah kemenangan Aishah dalam GV4"

Posting Komentar