Loading...

SISTEM DEMOKRASI SAPAPUN BOLEH TANDING, HANG DOK SEBOK APA PASAL ?

Loading...
 
HANG PARTI SERPIHAN DARI UMNO SEBUK PASAL APA ?
TAK SEDAR DIRI ! 
 
TUJUAN HANG SATU JE, NAK ANGKAT ANAK HANG JADI PIEM, TU AJE !!!
 
PARTI DALAM PAKATAN HARAPAN BOLEH LA HANG KELENTONG ! LAGIPUN DEPA TENGAH MABUK KUASA TU, TU PASAI DEPA IKUT SAJA CAKAP HANG.
 
HANG DAH TUA TAK SADAR DIRI, KALAU NAK KIRA HANG LAGI JAHAT DARI TOK NAJIB.
 
-Pak Karamu-

 

 ‘Pas mahu jadi kerajaan, ini kata Mahathir...’

AddThis Sharing Buttons

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
(Ubah saiz teks) 
 
PUTRAJAYA - Pas hanya memasang angan-angan Mat Jenin, demikian respon Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung hasrat Pas yang mahu menjadi kerajaan pada PRU14, nanti.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, Pas sentiasa bercita-cita tinggi walaupun parti itu sedar bahawa mereka tidak mampu untuk merealisasikan hasrat berkenaan.

"Bagus, fantastik. Saya rasa dalam sejarah Pas, mereka sentiasa memerintah 'negara mereka'.

"Membentuk kerajaan mereka sendiri. Kadang-kadang mereka menang satu kerusi, tapi mereka masih ada cita-cita yang tinggi untuk bertanding lebih 100 kerusi, jadi biarlah mereka hendak bertanding," katanya di sidang media Pakatan Harapan di pejabat Yayasan Perdana di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang melahirkan hasrat parti itu mahu menjadi kerajaan pada PRU14, bukan lagi pembangkang.

Abdul Hadi baru-baru ini mengesahkan, Pas mungkin bertanding di lebih 130 kerusi Parlimen di seluruh negara pada PRU14 akan datang.

Jelas Abdul Hadi, sasaran tersebut yang ditandingi oleh partinya di peringkat Parlimen kerana mahu menjadi kerajaan, dan bukan lagi sebuah parti pembangkang sekiranya memenangi PRU14.


Mengulas lanjut, Tun Mahathir berkata, tujuan Pas menyertai PRU14 dilihat hanya memberi kelebihan kepada BN.

"Tujuan utamanya, Pas menyertai pilihan raya adalah untuk memecahkan undi BN dan beri kelebihan kepada Harapan. Jadi BN akan menang," katanya lagi.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "SISTEM DEMOKRASI SAPAPUN BOLEH TANDING, HANG DOK SEBOK APA PASAL ?"

Posting Komentar