Loading...

Dinding Hotel Di Bentong Runtuh

Loading...
Dinding Hotel Di Bentong Runtuh. Seramai 90 penghuni sebuah hotel di Bukit Tinggi, Bentong terpaksa berpindah pada awal pagi tadi selepas sebahagian dinding hotel berkenaan runtuh.

Timbalan Pengarah Bomba Pahang Mohd Sani Harul berkata kejadian pukul 2.00 pagi itu menyebabkan seorang lelaki warga emas dan kanak-kanak lelaki cedera akibat terkena serpihan batu.

Dinding Hotel Di Bentong Runtuh. “Runtuhan melibatkan aras satu blok H hotel itu, kira-kira 84 meter persegi dan semasa kejadian semua penghuni hotel itu sedang tidur.

“Bomba telah mengarahkan supaya pengurusan hotel memindahkan semua penghuni di blok terbabit sebagai langkah keselamatan.

Dinding Hotel Di Bentong Runtuh


“Blok itu juga telah diarahkan ditutup sementara untuk pemeriksaan, sehingga ia disahkan selamat untuk didiami,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Sani menambah mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bentong.

Dinding Hotel Di Bentong Runtuh. Beliau berkata operasi yang turut disertai pasukan polis ditamatkan pada pukul 4.20 pagi. - free malaysia today



Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dinding Hotel Di Bentong Runtuh"

Posting Komentar