Loading...

KEDUDUKAN SUMPAH DALAM ISLAM.

Loading...
Oleh Che Ibrahim Mohamed 

 Sumpah dalam Islam hanyalah sebagai hujah untuk dirinya, bukan untuk orang lain. Walau bagaimana pun keterangan secara bersumpah hanya terpakai dalam proses perbicaraan di mahkamah atau di hadapan Majlis Timbang Tara. Makna dia kena ada pihak ketiga yang mengadili pertikaian antara dua pihak ini. 

Seperti dalam kes audio visual Nik Abduh, orang yang mendakwa bahawa audio tersebut adalah suara Nik Abduh hendaklah membuktikan kepada mahkamah bahawa suara tersebut adalah benar benar suara Nik Abduh samada dengan mengemukakan sekurang2nya seorang saksi dan sokongan bukti bukti lain atau dengan menggunakan teknologi canggih yang diperakukan ianya adalah boleh diterima pakai. 

Jika pihak yang mendakwa gagal mengemukakan apa apa keterangan yang boleh menyakinkan, maka Nik Abduh boleh diperintah supaya bersumpah menafikan suara tersebut adalah bukan suaranya. 

 Jika beliau bersumpah atas perintah mahkamah, maka mahkamah boleh putuskan suara dalam audio visual itu buknnya suaranya, sebaliknya jika Nik Abduh enggan bersumpah, maka pihak yang mendakwa (Husam atau siapa saja) boleh diminta supaya bersumpah untuk mengukuhkan dakwaannya dan mahkamah boleh menerima dakwaan tersebut. 

 Berbeza dengan tuduhan liwat oleh Saiful ke atas DSAI, sumpah Saiful tidak boleh diterima sebagai satu keterangan oleh mahkamah untuk sabitkan dakwaannya ke atas dsai, sementara dsai tidak perlu diminta supaya bersumpah untuk menafikan tuduhan Saiful. 

 Itulah apa yang diajar oleh Islam mengikut apa yang ambo belajar. 

 Makna dia lagi, jika Pas mahu menyelesaikan kemelut ini secara Islam, Pas hendaklah melantik satu pihak sebagai "hakim" untuk mendengar dan mengadili pertikaian ini mengikut kaedah kaedah Islam dan Husam atau pihak yang menyebarkan audio visual ini hendaklah bersedia untuk tampil memberi keterangan.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "KEDUDUKAN SUMPAH DALAM ISLAM."

Posting Komentar