Loading...

[Video Mengapa Umno marah bila saya tolong 980 peneroka & Azmin tempelak Umno, 'Hantu' di Dewan Rakyat] SKANDAL TANAH UMNO di Ijok! Kenapa kroni Umno diam? Sudah selesai baru nak kecoh.

Loading...
Khamis, 29 Mac 2018



Tanah Ijok: Kerana kroni Umno diam, sudah selesai baru kecoh

SAYA mengikuti dengan penuh minat tindak-tanduk pimpinan Umno/BN serta penyokong-penyokong mereka dalam usaha mereka untuk mengelirukan rakyat berhubung isu tanah Ijok yang kononnya ‘berskandal’.
Dalam usaha untuk mengelirukan rakyat, dengan hujah dan soalan yang jauh tersasar, akhirnya diri mereka sendiri turut keliru! Saya sekarang faham mengapa masalah yang menimpa lebih kurang 1,000 keluarga peneroka, sejak tahun 2000, tidak mampu diselesaikan Umno/BN. Bagaimana mereka akan mampu menyelesaikan masalah ini apabila mereka tidak faham apa masalahnya yang sebenar dan apa pula penyelesaian yang diinginkan!
Begitu parah kekeliruan mereka sehingga apabila masalahnya berjaya diselesaikan, mereka tidak sedar ianya sudah diselesaikan. Dan bukan sekadar selesai tetapi selesai dengan cara yang sebaik-baiknya namun mereka terus membuat kecoh. Sedangkan sebelum ini, khususnya sejak dari tahun 2000, mereka mendiamkan diri.
Mungkin pada ketika itu mereka menganggap ‘tiada masalah’ dan mereka lebih suka ianya kekal sedemikian rupa! Persoalan peneroka ditipu kroni bukan masalah bagi mereka, ianya perkara biasa. Apabila peneroka mendapat apa yng dijanjikan, barulah ianya ‘bermasalah’ maka barulah mereka bersuara.
kroni BN
Bagi saya kisah tanah Ijok adalah contoh klasik bagaimana ahli bawahan UMNO, MCA dan MIC dikorbankan demi kroni BN. Tanah yang diserahkan kepada mereka telah diserah pula kepada beberapa syarikat kroni dan pampasan yang dijanjikan, iaitu wang tunai sebanyak RM180,000 dan sebuah rumah setiap satu keluarga, terus dinafikan.
Pada ketika itu, apabila peneroka bersuara meminta bantuan, tiada walaupun seorang yang membantu. Kenapa nak bantu? Korbankan peneroka demi kroni bukankah ianya budaya BN? Ianya tidak merupakan ‘masalah’. Ianya biasa. Yang anggap ianya masalah, pasti dituduh tertipu dengan ‘persepsi’ yang dibawa pembangkang.
Sedangkan peneroka yang ditipu itu, mengikut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak penduduk, Tuan Haji Omar, 98% dari mereka ialah ahli Umno. Bakinya ahli MCA atau MIC. Namun walaupun begitu, mereka terus dikorbankan tanpa pembelaan. Sedangkan setelah tanah mereka diserah, mereka kehilangan kesemuanya. Wang tidak dapat, rumah pula jauh sekali.
Tanah-tanah mereka telah dipindah milik ke syarikat kroni dan tidak seperti tanah Felda di Jalan Semarak, tiada ‘magic’ untuk kembalikan tanah tersebut kepada mereka. Tanah-tanah itu dicagar kepada bank untuk mendapat pinjaman demi membangunkan tanah-tanah berkenaan. Membina perumahan, termasuk rumah-rumah untuk peneroka, tetapi terbengkalai dan terbiar begitu sahaja sekian lama.
tindakan pembelaan
Akhirnya pada 2008, selepas jatuhnya kerajaan BN Selangor, barulah ada tindakan pembelaan bagi golongan peneroka ini. MB Pakatan Rakyat, Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengambil tindakan untuk memperbetulkan keadaan. Malangnya, tindakan beliau, yang mengambil bentuk pengambilalihan tanah berkenaan, telah menghasilkan tindakan undang-undang oleh bank, pemaju kroni dan juga peneroka.
Puluhan kes saman terpaksa dihadapi kerajaan Selangor dan dalam kes yang dimenangi sekalipun, kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi pada pemaju kroni yang juga pemilik tanah-tanah tersebut dan bank-bank, yang telah memberi pinjaman apabila tanah-tanah berkenaan dicagarkan oleh pemaju-pemaju kroni berkenaan. Pampasan ini dianggarkan berjumlah ratusan juta.
Sambil itu, kes-kes ini akan mengambil masa yang panjang sedangkan peneroka sudah lanjut usia. Dalam tempoh hampir 20 tahun, menunggu kes ini selesai, sudah hampir 300 dari 1,000 peneroka terlibat meninggal. Walaupun waris-waris mereka boleh menuntutnya, namun adalah diinginkan supaya peneroka sendiri menerimanya. Oleh itu wakil-wakil peneroka telah datang memohon pendekatan yang lebih berkesan dan pantas dalam usaha menyelesaikan masalah mereka ini.
 pendekatan baru
Peluang untuk melakukan pendekatan baharu tiba apabila MB Selangor ditukar pada tahun 2014. Satu pendekatan yang mampu mencapai penyelesaian menyeluruh telah dikemukakan oleh pakar runding tertentu dan setelah dikemukakan dan dibahas, maka cadangan mereka diterima oleh kerajaan Negeri Selangor. Pendekatan ini berpaksikan prinsip bahawa janji-janji kepada peneroka mesti ditunaikan. Wang pampasan dan rumah mesti diberikan kepada setiap keluarga peneroka yng terlibat seperti yang dijanjikan semasa mereka menyerahkan tanh-tanah mereka.
Maka menyelesaikan ‘masalah’ yang dianggap sebagai tiada masalah oleh BN, diutamakan. Pakatan Rakyat dahulu, dan Pakatan Harapan sekarang mengutamakan peneroka dan rakyat biasa.
Ke arah ini sebuah syarikat pemaju yang besar dan terkenal dibawa masuk sebagai pemaju penyelamat untuk mengambil-alih dari pemaju-pemaju kroni. Ini perlu dilakukan kerana tanah-tanah berkenaan adalah dimiliki mereka dan telah dicagar kepada bank. Maka apa-apa penyelesaian mesti melibatkan mereka.
Untuk meringkaskan cerita, setelah berbulan berunding, akhirnya harga yang ditawarkan oleh pemaju penyelamat ini dipersetujui pemaju-pemaju kroni. Dengan duit itu maka diselesaikan hutang mereka di bank, dibayar kreditor atau pembekal, dibayar peneroka wang pampasan dan dibiayai kos pembinaan rumah-rumah peneroka dan sebagainya. Pemaju penyelamat mengambil-alih projek tersebut dan akan membangunkan kawasan seluas 2,200 ekar yang di dalamnya turut terletak rumah-rumah peneroka.
Kerajaan Negeri Selngor pula bebas dari segala jenis saman serta tidak perlu membayar apa-apa pampasan kepada mana-mana pihak. Tambah pula, hasil dari kebijaksanaan dalam berunding, tanah seluas 1,000 ekar yang telah diserahkan oleh kerajaan BN Selangor kepada pemaju kroni pada tahun 1998 diperolehi kembali secara percuma, tanpa perlu membayar 1 sen!
soalan BN
Ada pengkritik pro-BN bertanya, “Apa yang selesai?” Hanya yang dibutakan perasaan cemburu ingin menafikan kejayaan Kerajaan Negeri Selangor dalam kes ini. Akan tetapi, mungkin juga soalannya ikhlas. Kerana bagi mereka, sememangnya tiada masalah untuk diselesaikan dari awal lagi. Maka kalau tiada masalah, apa perlunya penyelesaian?
Dan dihebohkan persoalan harga yang dibayar oleh pemaju penyelamat tadi. Terpulang pada dialah dia nak bayar berapa. Bukan duit kerajaan pun. Duit dia. Kalau dianggap pojek itu bernilai sedemikian, maka apa masalahnya. Duit dia, risiko dia. Dan ditimbulkan pula bayaran kepada pakar runding. Saya tak tahu sama ada jumlahnya tepat atau tidak tetapi ianya tiada kena-mengena dengan kita. Bukan duit kerajaan pun. Mereka yang bayar, terpulang pada mereka berapa mereka nak bayar pakar runding mereka, apa kita nak kisah?
Yang terpenting bagi kita, peneroka dapat apa yang dijanjikan. Kerajaan Selangor untung kerana mendapat 1,000 ekar secara percuma dan bebas dari apa-apa saman serta keperluan untuk membayar apa-apa pampasan. Ianya sudah pasti satu kejayaan yang cemerlang bagi kerajaan Pakatan Harapan. Kejayaan yang tercapai setelah mengambil-alih dari kegagalan memalukan Umno/BN.
______________________
Khalid Samad ialah Ahli Parlimen Shah Alam dan Pengarah Komunikasi AMANAH.
MD.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Mengapa Umno marah bila saya tolong 980 peneroka & Azmin tempelak Umno, 'Hantu' di Dewan Rakyat] SKANDAL TANAH UMNO di Ijok! Kenapa kroni Umno diam? Sudah selesai baru nak kecoh."

Posting Komentar