Loading...

Pemimpin Umno Mula Bertelegah Secara Terbuka

Loading...
Pemimpin Umno Mula Bertelegah Secara Terbuka. Selepas dibidas Tan Sri Rais Yaim hari ini, Tan Sri Annuar Musa sudah menjangkakan tegurannya akan disahut lalu beliau mempersoalkan siapakah yang sebenarnya “cepat melenting” apabila ditegur.

Ketua Penerangan Umno itu berkata tegurannya sebelum ini tidak pun membangkitkan soal usia, dan disusun dengan cara yang sopan kerana ditujukan kepada “abang” dan “kakak”, Rais dan Tan Sri Rafidah Aziz.

Pemimpin Umno Mula Bertelegah Secara Terbuka.  “Tidak terdapat di mana-mana dalam nukilan saya yang merujuk kepada isu tua atau muda. Saya cukup berhati-hati menegur secara seberapa sopan kerana kedua-duanya, Tan Sri Rais Yatim dan Tan Sri Rafidah Aziz, adalah kekanda yang sangat dekat dengan saya.

“Saya mahu terus berwacana dengan mereka selagi ada kejujuran serta kesetiaan tulen kepada parti dan kerajaan. Malah sebenarnya mereka lebih kanan daripada saya,” katanya di Facebook.

Rais hari ini melancarkan serangan terhadap Umno dan menuduh para pemimpin parti bersikap sombong. Dalam surat terbuka kepada Annuar, ahli politik veteran itu berkata pimpinan parti terputus daripada rakyat dan tidak boleh terima kritikan.

Terdahulu, Annuar berkata Rais dan Rafidah, yang mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan, mengalami sindrom pasca persaraan selepas sekian lama memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.

Pemimpin Umno Mula Bertelegah Secara Terbuka


“Memang senang tuduh kami sudah ‘lost touch’ keadaan akar umbi,” kata Rais, menjawab kritikan Annuar terhadap beliau dan Rafidah.

“Sebenarnya, para pemimpin kita lah yang ‘kaki dah tak cecah bumi’. Sombong, gah tinggi dan tak suka ditegur; disanggah sikit melenting,” tambahnya.

Annuar mengingatkan Rais bahawa dia seorang yang beruntung kerana dijemput menyertai Kabinet dan hari ini menjadi penasihat kerajan walaupun pernah keluar parti untuk bersama Semangat 46 pada 1990-an.

Rais pernah memegang portfolio hal ehwal luar negara (1986–1987, 2008-2009), kebudayaan, kesenian dan warisan (2004-2008) dan penerangan, komunikasi dan kebudayaan (2009-2013).

“Saya meskipun kekal setia kepada parti tidak mempunyai peluang sedemikian, jauh sekali untuk menjadi penasihat kerajaan,” kata Annuar.

Pemimpin Umno Mula Bertelegah Secara Terbuka


“Saya di luar kerajaan. Sebagai orang dalam kepada kerajaan tentulah Tan Sri Rais tahu kedudukan kerajaan dan apa pula tabii’ pembangkang,” katanya.

Rais dan Rafidah mutakhir ini bersuara terhadap Putrajaya dalam beberapa perkara seperti 1MDB dan rang undang-undang Antiberita Tidak Benar. - free malaysia today






Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pemimpin Umno Mula Bertelegah Secara Terbuka"

Posting Komentar