Loading...

'Saya nak debat Najib dan Hadi, bukan konco mereka'

Loading...

Kesian dengan Pemuda Pas Kelantan yang berhasrat nak menganjurkan forum “Layakkah Tun Mahathir Menjadi PM Sekali Lagi", kerana Tun M mengesahkan beliau tidak  akan menghadirinya...

Yang sangat berasa hampa tentulah para panelis lain yang telah awal-awal lagi telah menyatakan kesediaan mereka untuk hadir... maklumlah nak berforum sepentas dengan seorang tokoh negarawan... tentulah tidak mahu lepaskan peluang dengan begitu sahaja...

Hahaha! gi cerminlah muka korang tu dulu... Jangan nak perasan sangat diri korang tu hebat! Konon nak menumpang kehebatan Tun M... hahaha!

Tun M tu Ketua parti, korang tu apa?

Penganjur mahu gandingkan Tun M bersama Kamarul Zaman,  Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari, dan Ketua penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) CheguBard dalam forum "Layakkah Tun Mahathir Menjadi PM Sekali Lagi" anjuran Pemuda PAS, esok di Dewan Purnama Pengekalan Chepa, Kota Bharu Kelantan. Ada akai ker?

Tun M menganggap panelis jemputan dalam forum itu sebagai tidak layak dan tidak tahu cara berdebat. 

Sebaliknya, Dr Mahathir mengajak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berdebat dengannya. 

 “Oleh kerana dia nak jemput saya, saya nak jemput Hadi dengan Najib. Saya ketua parti, dia pun ketua parti juga. Jadi Hadi dengan Najib patutlah datang. Janganlah buat macam forum Nothing to hide, lari. 

 “Kalau dia nak datang, saya jemput dia datang, saya boleh bagi makan pun. Tapi buatlah dengan orang yang ni, kalau nak (debat tapi) cari konco-konco yang tak layak, tak tahu nak debat, tak payah lah,” katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini. ~ sumber
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "'Saya nak debat Najib dan Hadi, bukan konco mereka'"

Posting Komentar