Loading...

BUFFET RAMADAN 2018 SUNWAY PUTRA HOTEL KL

Loading...

Bulan Ramadan dah makin hampir dengan kita, entry kali ni saya nak kongsikan lokasi Buffet Ramadan hotel tahun 2018. Lokasi berbuka puasa kali ni merupakan lokasi yang pertama saya nak kongsikan dengan korang especially kepada mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur. 

BUFFET RAMADAN 2018 SUNWAY PUTRA HOTEL KL

Kalau korang sedang mencari lokasi berbuka puasa untuk keluarga mahupun officemate, boleh cuba di Coffee House, Level 9, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur. Kat sini ada lebih dari 100 jenis makanan dihidangkan mengikut citarasa kita tak kira la yang suka masakan melayu, Asian dan juga Western. Tapi, dengar khabar tahun ni mereka menfokuskan pada makanan melayu kampung.


Untuk pembuka selera, mereka ada sediakan banyak menu seperti pelbagai jenis kerabu ; Kerabu Jantung Pisang, Kerabu Lala Pedas, dan banyak lagi. Selain kerabu, mereka juga ada menyediakan Rojak buah, Tauhu Sumbat, Grilled Beef Mandarin Salad, Pecal, Ulam, Chilled Mayo Crabmeat With Corn Salad, Poached Fish with Pineapple dan Snow Peas Salad. Bagi mereka yang sukakan makanan Jepun, Maki Sushi dan Sushi Rolls pun ada khas untuk korang. Memang berbaloi-baloi.


Untuk makanan utama mereka pula disediakan khas oleh Chef Rossham. Sup Gear Box, Oriental Barbecued Lamb (Award Winning Dish Di Thailand Culinary Competition), Salmon Fish Head Curry, Laksa Utara, Udang Kalio dengan belimbing buloh, Daging Masak Lemak Cili Padi, Ikan Patin Masak Tempoyak pasti akan buat korang menambah banyak kali.



Selain dari itu mereka ada menyediakan 12 action stalls yang menghidangkan pelbagai menu terbaik dari Sunway Putra Hotel. Antara menu pilihan yang korang boleh pilih ialah Grilled Fish, Grilled Seafood, Chicken Chop With Mushroom Sauce, Chicken Shawarma, Cucur (Cucur Ikan Bilis, Cucur Udang, Cucur Kelapa & Cucur pisang), pelbagai jenis Kuih Talam dan banyak lagi.


Jangan lupa untuk cuba dessert yang mereka sediakan seperti Cendol, Ais kacang, Teh Tarik, Fresh Tropical Fruits serta pelbagai jenis kek dan desserts. Memang terlalu banyak pilihan dan saya yakin korang sendiri pun akan teruja bila ke sini.

Harga Buffet Ramadan 2018 Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

RM128 nett dewasa 
RM64 nett kanak-kanak & warga tua
(kanak-kanak bawah 6 tahun percuma)

Harga Berkumpulan :
RM108 nett
(minimum 30 orang)

Tarikh : 19 May - 4 June 2018

Alamat : 
Coffee House, Level 9,
Sunway Putra Hotel,
100, Jalan Putra,
50350 Kuala Lumpur

Untuk tempahan boleh hubungi : 03-40409888 atau email spkl.ch@sunwayhotels.com
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "BUFFET RAMADAN 2018 SUNWAY PUTRA HOTEL KL"

Posting Komentar