Tindakan beberapa hakim syarie yang meluangkan masa memberi nasihat percuma kepada pengundi di kawasan Parlimen Jerai di mana Menyeri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mempertahankan kerusinya mula dipersoalkan sesetengah pihak.
Bagi peguam syarie, Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar, apa yang berlaku itu menjadi persoalan dan adalah wajar bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahaan Rsuah (SPRM) menjalankan siasatan.
"Jika ingin memberi nasihat percuma tentang prosedur atau undang-undang syariah mengapa menggunakan hakim bukannya peguam?
"Selain itu, kenapa ini dilakukan semasa tempoh pilihan raya, adakah kebetulan? SPR dan SPRM patut menyiasat perkara ini," katanya kepada Malysiakini.
Dalam satu surat Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia, Ibrahim Deris yang juga ketua hakim Mahkamah Syariah Kuala Lumpur berkata khidmat nasihat percuma itu adalah sebagai perkhidmatan sosial bagi penduduk Jerai.
Ia bermula Khamis lalu hingga hari ini (Sabtu) dan penduduk boleh merujuk mengenai perkara-perkara syariah.
Perkara-perkara berkaitan agama Islam di peringkat persekutuan adalah di bawah bidang kuasa Jamil Khir.
Mengulas lanjut, Iskandar berkata Arahan Amalan 1, 2001 Kod Etika Hakim Syarie (arahan kepada hakim Mahkamah Syariah) di mana perkara tiga (I) menyebut seorang hakim syarie tidak boleh mengambil bahagian dalam aktiviti parti politik.
Katanya, memandangkan hakim-hakim mahkamah sivil tidak terlibat dalam kegiatan politik tidak ada sebab bagi hakim syarie berbuat demikian.
Mereka, kata Syed Iskandar, sepatutnya berada di atas politik.
Peguam itu juga mengesahkan gambar-gambar yang tersebar memaparkan Jamil Khir dengan beberapa individu di hadapan bangunan Umno Jerai adalah hakim syarie dan kakitangan mahkamah syariah. -MK
Related Posts :
[Video Manogaran kesal PH dihalang guna dewan atas alasan politik] AWAT HANG NAK MINTA TANGGUH PULAK...Tak Malunya BOSSKU.Sabtu, 19 Januari 2019
AWAT HANG NAK MINTA TANGGUH PULAK..
Loya meloya
Posted by Kluangman
… Read More...
[Video Orang Asli Kampung Tarisu minta tidak lagi dianaktirikan] Gua Musang Orang Asli meet with Dr Mahathir & PH komited lindungi hak Orang Asli.… Read More...
DENGAR betul-betul : Video ini untuk Mujahid, Puak Liberal dan Kita Semua
//![CDATA[
innity_pcu = "%%CLICK_URL_UNESC%%"; new innity_adZone("8430b32b5bac908e765df8813d4405c5", "54484", {"origin": "MY","wi… Read More...
Januhairy, Sambutan Hari Wanita Mewarnakan Bulu KetiakSelepas cabaran tidak bercukur bulu ketiak pada November 2018 lalu, wanita seluruh dunia kini meraikan pergerakan 'Januhairy', kononnya ia a… Read More...
Harga Minyak: minggu lalu TURUN 1 Sen, Minggu ni Naik 6 Sen RON95, 12 Sen Diesel
HARGA runcit petrol RON97, RON95 dan diesel masing-masing dinaikkan enam dan 12 sen seliter mulai tengah malam ini untuk tempoh 19 hingga… Read More...
0 Response to "(HAKIM PERLU BEBAS KE?) ‘Hakim syarie kempen untuk menteri Umno?’"
Posting Komentar