Loading...

SUMBANGAN NUR RAMADAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN

Loading...
Sedar tak sedar bulan Ramadan makin menghampiri kita, bulan dimana seluruh umat islam akan ternanti-nanti akan ketibaannya. Bulan dimana seluruh umat islam akan berpuasa dari makan dan minum dan perkara yang membatalkannya dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

kredit photo america.cgtn.com

Dan bulan ini juga merupakan bulan penuh keberkatan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda bagi mereka yang melakukan kebaikan dan kebajikan atau dalam bahasa ringkasnya menderma dan beramal soleh.

PROGRAM NUR RAMADAN

Mungkin ramai diantara korang tidak tahu akan Program Nur Ramadan yang telah menjadi program rasmi tahunan anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) . Program Nur Ramadan ini telah berjaya dianjurkan sejak tahun 2009 lagi, dengan matlamat utamanya adalah memperkaya interaksi antara pihak kerajaan dengan warga kota.

kredit photo myputrajayanews.com

Menterinya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sebanyak 13 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan telah diberi peruntukkan RM10,000 yang akan disumbangkan kepada surau atau masjid menjadi lokasi penganjuran program tersebut. Sumbangan tersebut itu dapat digunakkan oleh pihak penerima untuk menaiktaraf kemudahan serta kelengkapan asas.

Selain dari itu, sumbangan juga akan diberikan untuk membantu akan golongan ibu tunggal, anak-anak yatim dan keluarga yang kurang berkemampuan. Bantuan sebegini adalah bagus kepada golongan asnaf bertujuan meringankan beban golongan berkenaan untuk membuat persiapan menjelang Aidilfitri mereka. Sebaiknya ada program ini dan harus diteruskan serta dicontohi oleh pelbagai pihak.

Kita tidak tahu beban dan keperluan golongan fakir miskin ini yang mungkin cukup makan sekadar ada sahaja. Jadi, dengan Sumbangan Nur Ramadan ini, sudah tentu sedikit sebanyak dapat mengukirkan senyuman mereka.

kredit photo www.astroawani.com

Dalam usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) ini golongan ini akan menerima bantuan dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bernilai rm150 seorang. Selain dari itu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) turut menyalurkan sumbangan zakat sebanyak rm100,000.00 kepada pusat transit gelandangan kuala lumpur.


Semoga usaha Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) ini dapat memberikan sinar kegembiraan dan harapan buat golongan yang memerlukan. Saya sendiri berharap supaya program seperti Program Nur Ramadhan dapat diteruskan dan dianjurkan secara menyeluruh di seluruh Malaysia  bukan sahaja pada bulan ramadan sahaja, tapi pada bulan-bulan biasa untuk membantu mereka-mereka yang kurang berkemampuan.

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al Mubarak untuk semua umat islam

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SUMBANGAN NUR RAMADAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN"

Posting Komentar