Loading...

(THIS IS KEPALA BANA PH) Ketua Jabatan DITUKAR kerana Hadir Beraya Rumah Bekas MB, Mat Hasan

Loading...

SEREMBAN - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan kesal apabila ketua jabatan dikenakan tindakan oleh kerajaan negeri ekoran menghadiri rumah terbuka Aidilfitri anjurannya di Kampung Tanjung Rantau pada 24 Jun lalu.

Beliau berkata, tindakan tersebut tidak wajar dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan yang selama ini mendakwa mahu membawa perubahan kepada negara ini.
"Saya harap kerajaan negeri jangan cemburu. Kalau kita selalu laungkan nak bawa perubahan Malaysia baharu, buktikanla. Jangan hanya cakap sahaja tetapi kena buat dengan tindakan.

"Sebagai pemimpin mereka kena berjiwa besar untuk memenangi hati rakyat, kalau mereka (PH) berterusan macam ini, akhirnya rakyat akan tahu beza yang mana intan dan kaca,”katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, kerajaan Harapan di sini jangan anggap Umno sebagai sebuah parti zaman darurat yang menjalankan kegiatan subversif, sampaikan orang hendak jumpa pun sudah dan tidak boleh.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa kecewa kerana bendera Umno yang dipasang untuk mesyuarat pemilihan Umno telah diturunkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) selepas mendapat arahan pihak atasan.

"Dua hari lepas, kami pasang bendera tapi kena cabut oleh PBT, katanya pihak atasan arahkan. 
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "(THIS IS KEPALA BANA PH) Ketua Jabatan DITUKAR kerana Hadir Beraya Rumah Bekas MB, Mat Hasan"

Posting Komentar