Loading...
TAHNIAH UNTUK DR ZAHID HAMIDI YANG MEMENANGI PRESIDEN UMNO DAN DIA PERLU BUKTIKAN UMNO BERWAJAH BARU.
ZAHID YANG BERLATARBELAKANGKAN DIDIKAN AGAMA PERLU MEMBIMBING ORANG MELAYU KE ARAH KETAKWAAN.
DIA MESTI KOTAKAN JANJINYA UNTUK MEROBAH PEMIKIRAN ORANG MELAYU DAN MEMPERTAHANKAN BANGSANYA DI NEGARA INI.
DIA PERLU MENUTUP MULUT-MULUT CELUPAR YANG DATANG DARI KUMPULAN PEROSAK AGAMA YANG MULA BERLELUASA DI NEGARA INI.
TAHNIAH !
-Pak Karamu-
Zahid Hamidi Sah Presiden Umno Yang Baharu
Ketua Umno Bagan Datuk kini berada pada kedudukan selesa apabila mendahului dua pencabar lain untuk semakin menghampiri 'garisan penamat' dalam perebutan jawatan presiden Umno.
Setakat jam 8.15 malam ini Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memperoleh 58 undi berbanding Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang memperoleh 47 undi.
Tokoh veteran yang cuba menjadi presiden Umno sekali lagi selepas 1987, Tengku Razaleigh Hamzah, sekadar mengumpul 22 undi.
Sebelum ini keadaan dilihat sengit apabila Ahmad Zahid dan Khairy masing-masing mengumpul 41 undi.
Sehingga jam 7.15 malam Tengku Razaleigh pula hanya mendapat 18 undi.
Keputusan itu diumumkan menerusi akaun Twitter Pemilihan Umno 2018.
Sementara itu bagi jawatan timbalan presiden, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan memperoleh undi 27 undi berbanding pencabar tunggal, Tan Sri Annuar Musa 16 undi.
Untuk jawatan naib presiden, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin tercicir sedikit ke tempat ketiga dengan 13 undi. Pendahulu ialah bekas menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (16 undi) dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani (15 undi).
Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pula masing-masing mendapat 14 dan empat 12 undi. Datuk Seri Ahmad Said memperoleh satu undi bahagian.
Calon ketujuh Sheikh Razali Sheikh Hamad konsisten gagal mendapat sebarang undi.
Loading...
0 Response to "ZAHID KENA BUKTIKAN UMNO BERUBAH."
Posting Komentar