Loading...

Tun Mahathir: Kerajaan PH BOLEH JATUH jika TIPU rakyat

Loading...
Dr Mahathir berkata, kerajaan terdahulu yang didakwanya mencuri duit rakyat, tidak segan silu mengaku duit itu halal dan menggunakannya untuk menghantar rakyat mengerjakan haji. (Gambar Bernama)
LANGKAWI: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berjanji tidak akan mengulangi cara kerajaan lepas yang gagal memegang amanah diberikan rakyat, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, beliau bersama PH boleh dijatuhkan rakyat jika menyalahi undang-undang dan agama.
Kalau saya yang menipu, beritahu. Saya boleh dijatuhkan, begitu juga wakil rakyat Pakatan Harapan yang menipu boleh disingkirkan, jika mereka gagal memegang amanah mereka,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung ke-29 Koperasi Pembangunan Daerah Langkawi, hari ini.
Menurutnya, kerajaan terdahulu yang didakwanya mencuri duit rakyat, tidak segan silu mengaku duit itu halal dan menggunakannya untuk menghantar rakyat mengerjakan haji.
“Bagaimana duit ini boleh dikatakan halal dan diberikan untuk membuat haji, jika ia hasil yang dicuri?” soalnya.
Dr Mahathir berkata, konsep amanah ini juga penting dalam pengurusan koperasi kerana ia menentukan jatuh bangun organisasi itu.
Katanya, sesiapa sahaja yang diberikan tanggungjawab menguruskan koperasi perlu menjalankannya dengan penuh ikhlas dan beramanah.
Apa sahaja kerja yang diberikan perlu dijalankan dengan amanah. Jangan ambil hak orang. Syarikat (koperasi) akan maju dan dapat kekal kerana sentiasa memperoleh keuntungan.”
Sementara itu, pengerusi koperasi itu, Juhari Bulat berkata, mereka mampu menjana keuntungan yang membolehkan ahlinya menikmati dividen 10% setiap tahun sepanjang 30 tahun lepas.
Juhari yang juga adun Ayer Hangat berkata, koperasi itu sedang merancang memulakan keusahawanan resort selepas berjaya mengusahakan stesen minyak, kilang tar, hotel dan kedai motosikal.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tun Mahathir: Kerajaan PH BOLEH JATUH jika TIPU rakyat"

Posting Komentar