Loading...

Panduan Gantung Jalur Gemilang Ikut Protokol

Loading...
Bendera adalah lambang kedaulatan negara. Beberapa peraturan perlu dipatuhi bagi memastikan bendera digunakan dengan cara yang betul dan bersesuaian.
Jika perkara yang sebaliknya berlaku seolah-olah perbuatan ini suatu penghinaan kepada bendera walaupun pada pandangan umum sahaja.

Berdasarkan Seksyen (3) Akta 414, Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1963 menyebut bahawa seseorang yang menjual atau menggunakan Jalur Gemilang atau apa-apa tiruan yang serupa dengannya bagi tujuan
perdagangan dan perniagaan atau menggunakannya di dalam cap dagangan tanpa mendapat keizinan bertulis Menteri boleh didakwa.

Jabatan Perdana Menteri telah menetapkan beberapa garis panduan agar penggunaan Jalur Gemilang sentiasa dihormati oleh rakyat Malaysia. Antaranya:

i. Bendera hendaklah dipasang secara melintang sahaja. Tidak boleh dipasang secara menegak sekiranya berkedudukan statik atau tidak berkibar. Walaubagaimanapun dibolehkan memasang secara menegak sekiranya bendera disambung dalam kuantiti yang banyak (Flagline).

ii. Penggunaan bendera dalam bentuk pelbagai seperti pakaian dan sebagainya perlu dielakkan kecuali semasa sambutan Bulan Kemerdekaan dan jangka masa penggunaannya adalah terhad.

iii. Tidak boleh menggunakan bendera dalam perkara yang ditafsirkan sebagai merendahkan martabat Jalur Gemilang seperti alas meja, kain tudung, payung, songkok, topi, tuala mandi, alas kusyen dan sebagainya.

iv. Pengunaan bendera dalam pelbagai gaya dan bentuk seperti iklan dalam tujuan mempromosi sambutan Bulan Kemerdekaan dibenarkan asalkan kreativiti tersebut tidak ditafsirkan sebagai menghina bendera.

v. Mengibarkan bendera yang telah uzur seperti telah pudar warna dan koyak adalah satu kesalahan atau ketidakwajaran

Untuk pelbagai panduan dan protokol mengenai Jalur Gemilang, muat turun dokumen ini di pautan bawah

Muat Turun: Dokumen Bendera Kita Jalur Gemilang





Muat Turun: Dokumen Bendera Kita Jalur Gemilang

loading...
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Panduan Gantung Jalur Gemilang Ikut Protokol"

Posting Komentar