Loading...
Bendera Kebangsaan kita mendapat nama Jalur Gemilang oleh Tun Mahathir pada hari Merdeka tahun 1997.
Sebenarnya tidak ada sebarang peraturan bagaiaman bendera ini perlu dikendalikan. Apa yang kita ada adalah dokumen setebal 62 mukasurat yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri mengandungi maklumat yang lengkap tentang Jalur Gemilang dan bagaimana kita perlu pamerkan dan bagaimana kita perlu menjaganya.
Muat Turun: Bendera Kita Jalur Gemilang
Sebagai contoh, jika anda perasan ketika Perarakan Merdeka, Jalur Gemilang perlu dibawa bagaikan ianya berkibar di atas tiang. Kepala bendera juga haruslah berada di hadapan perarakan menuju ke bangunan, dan ramai netizen di media sosial sering salah anggap berkenaan perkara ini.
Ada yang beranggapan bendera itu (seperti yang digambarkan) terbalik dan menyalahkan pihak berkuasa, tapi sebenarnya ia memang mengikut protokol.
Perlu dinyatakan yang panduan tersebut bukanlah ditulis sebagai undang-undang, ianya hanya sebagai panduan protokol untuk diikuti agar ianya seragam.
Satu-satunya undang-undang yang boleh mengawal orang ramai menggunakan Jalur Gemilang adalah Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963. Seksyen 3 dalam Akta tersebut menggariskan yang tiada sesiapun boleh menggunakan simbol nasional buat tujuan komersil tanpa kebenaran (contohnya menggunakan Jata Negara untuk logo syarikat).
Walaupun Jalur Gemilang tidak dinyatakan dengan namanya dalam akta tersebut, ia ada disebut dalam dokumen setebal 63 mukasurat terbitan Jabatan Perdana Menteri.
Jadi, adakah kita boleh biarkan orang perlakukan bendera negara kita sesuka hati? Tentulah tidak.
Walaupun kita tak ada undang-undang khusus mengenai Jalur Gemilang, kita ada undang-undang am dalam Kanun Keseksaan (Penal Code) bagi orang yang tidak menghormati bendera Malaysia.
Kita pernah menggunakan Seksyen 504 dalam Kanun Keseksaan (Penal Code) dan Seksyen 14 dalam Akta Kesalahan Kecil 1955 untuk mendakwa individu yang tidak menghormati bendera kita, salah satunya adalah apabila warga Australia memakai seluar dalam Jalur Gemilang di F1 Malaysia Grand Prix pada tahun 2016.
Secara dasarnya, Seksyen 504 dalam Kanun Keseksaan menyatakan jika anda menghina atau memulakan apa-apa yang boleh mengancam keamanan awam, anda boleh didenda 2 tahun di penjara, atau saman, atau kedua-duanya sekali.
Manakala Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil pula menyatakan yang jika anda menggunakan kata-kata kesat atau menghina atau berkelakuan sebegitu, anda boleh didenda hingga RM100.
Disunting daripada artikel asklegal.com
Sebenarnya tidak ada sebarang peraturan bagaiaman bendera ini perlu dikendalikan. Apa yang kita ada adalah dokumen setebal 62 mukasurat yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri mengandungi maklumat yang lengkap tentang Jalur Gemilang dan bagaimana kita perlu pamerkan dan bagaimana kita perlu menjaganya.
Muat Turun: Bendera Kita Jalur Gemilang
Sebagai contoh, jika anda perasan ketika Perarakan Merdeka, Jalur Gemilang perlu dibawa bagaikan ianya berkibar di atas tiang. Kepala bendera juga haruslah berada di hadapan perarakan menuju ke bangunan, dan ramai netizen di media sosial sering salah anggap berkenaan perkara ini.
Ada yang beranggapan bendera itu (seperti yang digambarkan) terbalik dan menyalahkan pihak berkuasa, tapi sebenarnya ia memang mengikut protokol.
Cara yang betul. Imej via The Star |
Satu-satunya undang-undang yang boleh mengawal orang ramai menggunakan Jalur Gemilang adalah Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963. Seksyen 3 dalam Akta tersebut menggariskan yang tiada sesiapun boleh menggunakan simbol nasional buat tujuan komersil tanpa kebenaran (contohnya menggunakan Jata Negara untuk logo syarikat).
Walaupun Jalur Gemilang tidak dinyatakan dengan namanya dalam akta tersebut, ia ada disebut dalam dokumen setebal 63 mukasurat terbitan Jabatan Perdana Menteri.
“Tiada kesalahan khusus mengenai pembakaran bendera. Saya fikir mereka mungkin perlu bergantung kepada undang-undang yang lebih umum” - Peguam Fahri Azzat seperti yang dipetik oleh Cilisos.my.
Jadi, adakah kita boleh biarkan orang perlakukan bendera negara kita sesuka hati? Tentulah tidak.
Walaupun kita tak ada undang-undang khusus mengenai Jalur Gemilang, kita ada undang-undang am dalam Kanun Keseksaan (Penal Code) bagi orang yang tidak menghormati bendera Malaysia.
Kita pernah menggunakan Seksyen 504 dalam Kanun Keseksaan (Penal Code) dan Seksyen 14 dalam Akta Kesalahan Kecil 1955 untuk mendakwa individu yang tidak menghormati bendera kita, salah satunya adalah apabila warga Australia memakai seluar dalam Jalur Gemilang di F1 Malaysia Grand Prix pada tahun 2016.
Secara dasarnya, Seksyen 504 dalam Kanun Keseksaan menyatakan jika anda menghina atau memulakan apa-apa yang boleh mengancam keamanan awam, anda boleh didenda 2 tahun di penjara, atau saman, atau kedua-duanya sekali.
Manakala Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil pula menyatakan yang jika anda menggunakan kata-kata kesat atau menghina atau berkelakuan sebegitu, anda boleh didenda hingga RM100.
Disunting daripada artikel asklegal.com
loading...
Loading...
0 Response to "Undang-undang yang melindungi kedaulatan Jalur Gemilang"
Posting Komentar