Loading...
Jho Low Bersembunyi Di China.. Ini Buktinya? Buku berjudul "Billion Dollar Whale - The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood and the World," setebal 400 muka surat tulisan dua wartawan Wall Street Journal telah dilancarkan secara rasmi di Manhattan, New York hari ini.
Tom Wright dan Bradley Hope, dua penulis 'Billion Dollar Whale' mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkan buku berkenaan sejak 2015 yang menyorot skandal berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Jho Low Bersembunyi Di China.. Ini Buktinya? Ketika majlis pelancaran buku itu di New Yor, Wright percaya Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low masih bersembunyi di China serta mendakwa dia mungkin dilindungi oleh 'individu berkuasa di republik itu'
"Cerita itu belum selesai dan Jho Low masih berada di China, dilindungi oleh Beijing.
"Memahami sesuatu tentang orang China yang berkuasa itu tetapi akhirnya, dia (Jho Low) akan masuk ke penjara.
"Sudah tentu, ia telah menjadi perjalanan yang sangat sukar dan nampaknya kita telah menerima beratus-ratus atau beribu-ribu surat (tuntutan) undang-undang. Buat penulis kali pertama, kami tahu ia memerlukan banyak wang," kata Wright.
Wright juga berkata AS adalah tempat yang bagus untuk menerbitkan buku dengan perlembagaan republik itu (First Amendments) menjamin kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar.
Jho Low Bersembunyi Di China.. Ini Buktinya?
"UK tidak mempunyai peruntukan itu dan Jho Low tahu hal tersebut dan dia menggunakannya untuk menghalang buku ini daripada diterbitkan," Wright menyebut surat tuntutan undang-undang yang dihantar Jho Low ke kedai-kedai buku di seluruh dunia dalam cubaan untuk menyekat pengedarannya.
Wright berseloroh berkata beliau telah 'bertengkar' dengan Bradley Hope dalam proses menulis buku itu dan beliau mengakui tidak sukakan Jho Low, bertentangan dengan Hope yang mengatakan Jho Low 'seorang yang cool (mengkagumkan)'.
"Saya cuba menggambarkan Jho Low sebagai lelaki yang terlalu gemuk, saya tidak suka dia dan Bradley berkata, 'Lelaki ini cukup mengkagumkan'," kata Wright bersambut tawa hadirin.
Hope, bagaimanapun, berkata mereka perlu 'berterima kasih' kepada Jho Low kerana cuba menutup skandal besar, menyamakannya dengan kesan Streisand.
Untuk rekod, kesan Streisand diberi nama bersempena nama aktres dan penyanyi Amerika Syarikat, Barbra Streisand, menjelaskan bagaimana usaha untuk menutup maklumat dalam talian boleh mendatangkan kesan sebaliknya dan mengakibatkan keadaan menjadli lebih buruk.
Jho Low Bersembunyi Di China.. Ini Buktinya?
"Kami sepatutnya berterima kasih kepada Jho Low, ini pasti kesan Streisand (cubaan menutup yang membuka) skandal itu secara besar-besaran.
"(Sebelumnya) tiada yang akan menulis buku mengenai 1MDB dan Jho Low. Sekarang mereka mahu membacanya," kata Hope.
Tom Wright akan hadir ke Kuala Lumpur pada 25 September bagi pelancaran buku itu di Malaysia. Majlis pelancaran buku berkenaan akan diadakan di kedai buku Kinokuniya di KLCC pada 5.30 petang. - malaysiakini
Iklan
Loading...
0 Response to "Jho Low Bersembunyi Di China.. Ini Buktinya?"
Posting Komentar