Loading...
(Ubah saiz teks)
Setelah Tok Pa gagal mengembalikan Kelantan ke tangan UMNO/BN, maka kali ini Tok Pa terpaksa tinggalkan UMNO kerana keciwa dengan rakyat Kelantan, lebih keciwa lagi rasanya apabila diantara UMNO dan PAS mula menjalin perhubungan yang intim, bererti jika apapun yang berlaku biarlah UMNO bersama Pakatan Harapan tapi tidak bersama PAS. Malangnya Mahadhir pula sudah muak dengan UMNO
Sebenarnya Tok Pa bukanlah orang yang penting di dalam UMNO dan orang melayu Kelantan, walaupun ramai yang merasa keciwa dengan tindakannya keluar daripada UMNO, sebenarnya kekeciwaan itu hanyalah untuk manis mulut sahaja, demikian berpolitik secara adat orang melayu.
Tindakan Tok Pa tinggalkan UMNO adalah sangat tepat, kerana rakyat Kelantan telah menolaknya, cuma yang mahu menerimanya mungkin pengikut PAN Kelantan atau PKR, sebab itu adalah diharapkan Husam jangan lengah mengambil peluang tersebut.
Popular Tok Pa akan ditentukan di Kelantan khususnya dan di Malaysia amnya apabila Tok Pa bersedia mengosongkan kerusi yang dimenanginya, dengan berbuat demikian barulah Tok Pa anak jantan dan mengetahui langkahnya meninggalkan UMNO adalah tepat.
Andainya Tok Pa masih lagi mahu meneruska kerier politiknya, maka Tok Pa boleh menyertai parti BERSATU atau DAP atau PKR atau PAN kerana disama mungkin nasib Tok Pa akan menyerlah kembali di dalam arena politik tanah air setelah Kelantan menolaknya.
Tok Pa mungkin merasa tersangat terkejut atas kekalahan BN pada PRU14 yang lalu, yang menyebabkannya hilang jawatan bertitle menteri, maklum sahaja setelah merasa lunak dengan jawatan tersebut.
Seumur yang ada pada Tok Pa mungkin ada parti-parti yang mengharapkan kepakaran Tok Pa dalam berpolitik dan mereka sudah tentu sangat mengharapkan tenaga dan idea daripada Tok Pa untuk bersama dengan mereka
Loading...
0 Response to "PAKATAN HARAPAN WAJAR KUTIP TOK PA ..."
Posting Komentar