Loading...

Kemalangan Di LPT 2 - Kontraktor Meninggal Terperosok Bawah Kereta

Loading...
Kemalangan Di LPT 2 - Kontraktor Meninggal Terperosok Bawah Kereta. Seorang kontraktor maut dalam keadaan tragis apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang terbabas dan terseret kira-kira 30 meter sebelum terperosok di bawah sebuah kereta dalam nahas jalan raya di kilometer 355.3 Lebuh Raya Pantai Timur II, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5. 00 petang, mangsa , Mazuki Mohamad, 34, yang menunggang motosikal jenis BMW R1200 dipercayai dalam perjalanan dari Kota Bharu  pulang ke rumahnya di Paka.

Kemalangan Di LPT 2 - Kontraktor Meninggal Terperosok Bawah Kereta.  Pada masa yang sama sebuah kereta jenis Honda Civic yang dipandu Badrul Hisyam Mohd Azmi, 30 terbabas selepas terlanggar besi penghadang jalan.

Motosikal yang ditunggang Mazuki tiba-tiba terbabas sebelum terjatuh dan terseret sebelum melanggar Honda Civic yang sudah tersadai.

Mangsa terperosok di bawah kereta berkenaan dan meninggal di tempat kejadian.


Kemalangan Di LPT 2 - Kontraktor Meninggal Terperosok Bawah Kereta


Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Dungun dikejarkan ke lokasi untuk membantu mengeluarkan mangsa yang berada di bawah Honda Civic.

Mayat mangsa di hantar ke Hospital Dungun untuk tujuan bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk dikebumikan.

Kemalangan Di LPT 2 - Kontraktor Meninggal Terperosok Bawah Kereta.  Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Ahmad Zailani Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes di siasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - sinar



Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kemalangan Di LPT 2 - Kontraktor Meninggal Terperosok Bawah Kereta"

Posting Komentar