Loading...
PENDEDAHAN PIEM BUKAN BERSIFAT PROVOKASI, TETAPI SUATU KENYATAAN YANG BENAR DITAMBAH LAPORAN DARI MENTERI DALAM NEGERI
SEPEKARA YANG MALANG, MENGAPA UPAH ORANG MELAYU KAWAL KUIL ? ADA APA-APA MUSLIHAT ATAU PENGHINAAN ?
-Pak Karamu-
Rusuhan kuil: Tun M percaya serangan ada niat bunuh
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan individu yang memukul anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, hingga parah mempunyai niat untuk membunuh.
Menurutnya, individu yang melakukan perbuatan itu bukan hadir untuk demonstrasi aman tetapi mempunyai niat membunuh kerana membawa senjata tajam sewaktu kejadian.
"Nampak jelas orang yang buat ini dengan niat hendak membunuh, tiada perasaan langsung.
"Berlaku kecederaan serius pada mangsa dan mungkin boleh menyebabkan kematian padanya. Kita tetap akan buka siasatan sekiranya itu berlaku," katanya pemberita selepas melawat Muhammad Adib di Institut Jantung Negara (IJN), tadi.
Beliau berkata, pihaknya akan sedaya upaya mencari sebanyak mana bukti yang ada bagi memburu dalang yang terbabit dalan insiden rusuhan itu.
Katanya, sebarang bentuk demonstrasi yang diadakan di negara ini haruslah diadakan dalam suasana aman, bukannya datang seperti hendak membunuh dengan membawa parang dan sebagainya.
Mengulas tentang pendedahan dibuat Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan bahawa dalang disebalik rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 pada 26 November lalu adalah didakwa dilakukan oleh pihak peguam pemaju, One City Development Sdn Bhd, Dr Mahathir berkata perbuatan itu dilakukan tanpa berfikir.
"Ia satu perbuatan yang salah untuk mengupah orang Melayu menjaga kawasan kuil.
"Mereka ini orang asing, tidak faham budaya kita, tidak boleh buat macam tu.
“Jika kita dapat kesan siapa yang bertanggungjawab saya fikir Peguam Negara dan peguam perlu membina kes terhadapnya,” katanya.
Terdahulu, Muhyiddin, pada sidang media khas di Putrajaya menjelaskan siasatan polis mendapati peguam kepada pemaju One City memberi upah RM150,000 kepada 50 lelaki untuk menceroboh, mengambil alih dan mengawal kuil berkenaan.
Muhyiddin dilaporkan berkata, dua peguam terbabit adalah antara 21 orang yang sudah ditahan polis bagi membantu siasatan insiden rusuhan itu.
Mengenai keadaan mangsa, Dr Mahathir berkata, jantung, paru-paru dan buah pinggang Muhammad Adib telah berfungsi dengan baik dan berharap anggota bomba tersebut pulih dalam masa terdekat.
Berhubung permintaan pihak pengurusan kuil meminta campur tangannya, Dr Mahathir berkata beliau akan membuat kenyataan behubung perkara itu di Parlimen esok.

0 Response to "PIEM KATA ADA CUBAAN BUNUH !"
Posting Komentar