Loading...

[Video Tun Mahathir-Suruh Orang Melayu Jaga Kuil Satu Kesalahan] MP2 Melayu, sekarang masanya kamu bekerja, bukan berlagak YB utk disanjung! SKMM kumpul bukti sebar maklumat palsu isu kuil & Kerajaan Perak boleh bertukar bila-bila masa.

Loading...
Rabu, 28 November 2018
RASANYA ELOK KITA INGATKAN KEPADA MP SEMUA...
Kamu perlu tahu kamu dipilih untuk berkerja untuk rakyat Jesteru kamu jangan ingat kamu boss kami....kamu kena BERKERJA untuk kami...
Sekarang sudah 6 bulan kamu terpilih menjadi Wakil Rakyat....kami bukan nak tengok kamu menang berbahath dalam Parlimen mempertahankan diri kamu...menjaga maruah kamu...menunjuk ego kamu...mempertahan perkara yang kamu sudah tahu salahnya...bermuka muka mencari publisiti..bertelagah macam samseng dengan bahasa kesat dan kurang ajar...pendek kata kamu tidak membawa contoh yang baik pada masyarakat dan rakyat 'amnya terutama MP Melayu...sangat mengecewakan...Apa yang kamu perjuangkan untuk rakyat?..sila buktikan.
Sekarang masanya kamu kena bekerja...bukan berlagak Yang Berhormat untuk kami sanjung kamu...kami tak akan hormat kamu selagi kamu tidak menunjukkan kewibawaan yang kami mahu....sudah sampai masanya kamu sedar..sekarang bukan lagi zaman Wakil Rakyat dibodek dan dipuji melambung tak tentu pasal...Jangan marah kalau rakyat membentak kamu kerana kelalaian kamu sendiri.
SKMM kumpul bukti sebar maklumat palsu isu kuil.
SKMM kumpul bukti sebar maklumat palsu isu kuil
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mengumpul bukti penyebaran maklumat palsu dan menyentuh sensitiviti kaum berhubung kekecohan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, dekat Subang Jaya untuk diambil tindakan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata SKMM sedang memantau rapi maklumat yang disiarkan di media sosial dan tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati pengguna atau penyebar maklumat tersebut melanggar undang-undang.

“Tentang isu itu ia sedang dikumpul dan akan diberikan kepada saya untuk dilihat secara terperinci dalam masa terdekat, ” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Gobind menasihati pengguna media sosial supaya mengawal perasaan apabila memberi komen tentang kekecohan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, dekat Subang Jaya, Isnin lalu.

malaysiadateline.


Kerajaan Perak boleh bertukar bila-bila masa?
Krisis melanda kerajaan Perak ketika ini didakwa berada pada kemuncaknya dan boleh bertukar pada bila-bila masa.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, mendakwa krisis dalaman kerajaan Perak pimpinan Pakatan Harapan (PH) itu turut menyebabkan mesyuarat Exco negeri sudah lama tidak diadakan.

Bagaimanapun, Ketua Umno Bahagian Pasir Salak itu menafikan ia berpunca daripada komplot didalangi Umno, sebaliknya mendakwa ketidakstabilan kerajaan Perak ketika ini disebabkan oleh DAP.

“Sekarang ini, kerajaan negeri Perak tak stabil dan bila-bila masa boleh bertukar disebabkan DAP tidak puas hati dengan Menteri Besar Perak ketika ini (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu).

“Ada yang mendakwa DAP mungkin ada calon tersendiri untuk menggantikan Menteri Besar, maka ia menyebabkan timbul spekulasi siapa bakal jadi Menteri Besar dan sebagainya,” katanya di lobi Parlimen, hari ini, seperti dilapor Bhonline.

Tajuddin mendakwa Ahmad Faizal turut kehilangan sokongan kebanyakan anggota Exco negeri hingga tidak dapat memanggil mereka melaksanakan mesyuarat Exco.
“Kalau dia (Kor Ming) kata sokong Menteri Besar yang ada, kenapa kita dapat tahu Menteri Besar tak boleh panggil pun mesyuarat Exco.

“Sudah berapa lama tak boleh mesyuarat sebab Exco kebanyakannya DAP dan mereka tak sokong Menteri Besar. Ini akan menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri Perak,” katanya.

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Tun Mahathir-Suruh Orang Melayu Jaga Kuil Satu Kesalahan] MP2 Melayu, sekarang masanya kamu bekerja, bukan berlagak YB utk disanjung! SKMM kumpul bukti sebar maklumat palsu isu kuil & Kerajaan Perak boleh bertukar bila-bila masa."

Posting Komentar