Loading...
Suara Rakyat
KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu sebanyak 46 dokumen berkaitan kes bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Hasanah Abdul Hamid yang didakwa tuduhan pecah amanah wang telah diserahkan kepada pihak pembelaan.
Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun maksimum 20 tahun, dan sebatan, dan boleh juga dikenakan denda. - Bernama
Saarani buat kesalahan jika sorok salah laku ADUN
Ketua pembangkang Datuk Saarani Mohamad melakukan satu kesalahan sekiranya tidak melaporkan kepada pihak berkuasa jika benar terdapat pihak yang menawarkan pelbagai habuan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan menteri besar.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata ADUN Kota Tampan itu perlu membuat laporan kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika benar-benar wujud salah laku sebagaimana didakwa.
"Awak (Saarani) telah cakap ada orang tawarkan, awak beritahu kita, beritahu saya, apa salah laku? Jika ada salah laku buat laporan polis atau SPRM. Kalau ada orang buat salah laku, kalau dia (Saarani) tutup itu pun satu kesalahan," katanya.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Saarani yang mendakwa usaha menjatuhkan Ahmad Faizal oleh beberapa Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) masih wujud.
Selain itu, Ahmad Faizal mahu Saarani memberikan jika benar terdapat Exco yang mahu menjatuhkannya menerusi undi tidak percaya.
Menteri Besar Perak itu juga meminta Saarani agar berhenti daripada terus bercakap soal politik, sebaliknya perlu fokus kepada ucapan penggulungan Belanjawan 2019 sebagai ketua pembangkang.
Mk.
Loading...
0 Response to "[Video Dah tiada isu ICERD, UNTUK APA BERHIMPUN? TS Dr Harussani: Tak perlu berhimpun & Menteri Dlm Negeri: Akta Hasutan masih berjalan] 'Pecah Amanah' RM50.43 juta, 46 dokumen kes Hasanah diserahkan kepada pembelaan & Saarani (UmnoBN) buat kesalahan jika sorok salah laku ADUN."
Posting Komentar