Loading...
Sultan Nazrin berkenan menziarahi Muhammad Adib
Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan menziarahi Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah ketika rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights pada Selasa.
Seri Paduka berangkat tiba di pekarangan Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 pagi dan disambut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Muhammad Hamdan Wahid.
Sultan Nazrin berkenan meluangkan masa hampir setengah jam menziarahi Muhammad Adib.
Dalam kunjungan itu, Seri Paduka diberi taklimat oleh doktor yang bertugas mengenai tahap kesihatan terkini Muhammad Adib disamping menghulurkan sumbangan kepada keluarga anggota bomba terbabit.
Mk.
Perkasa anjur perhimpunan lain, tak mahu terkait politik
Kumpulan pendesak Melayu, Perkasa akan menganjurkan satu perhimpunan pada Ahad ini dengan alasan untuk menekankan berkaitan isu semasa.
Setiausaha agung Perkasa Syed Hasan Syed Ali berkata, “Perhimpunan Jihad Perkasa” itu diadakan sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang akan menampilkan pimpinan Perkasa seluruh negara.
“Itu perhimpunan yang kita buat ketika AGM kita, kita akan angkat sepanduk dan nak bagitahu kita ambil tahu isu semasa.
“Ada beberapa isu semasa yang kita nak tekankan dan ia akan dihadiri lebih 1,000 orang ahli Perkasa,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Mk.
Loading...
0 Response to "[Video PERANG APA YANG BELUM TAMAT?] Sultan Nazrin berkenan menziarahi Muhammad Adib & Perkasa anjur perhimpunan lain, tak mahu terkait politik."
Posting Komentar