Loading...

[Video Pemilik The Edge Tuduh Najib MENIPU & Najib tahu Jho Low mencuri wang 1MDB sejak 2015] WAYANG KULIT NAJIB, di sebalik arahan pinda Laporan Audit 1MDB.

Loading...
Selasa, 27 November 2018
Image result for Foto Wayang kulit
Tumpang sekole.

WAYANG KULIT NAJIB DI SEBALIK ARAHAN PINDA LAPORAN AUDIT 1MDB

Walaupun tidak disebut dalam bentuk pengakuan yang jelas, tetapi nyata boleh difahami oleh sesiapa saja bahawa Najib Razak secara tidak langsung mengakui beliau telah mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan audit 1MDB.

Berhubung pendedahan Ketua Audit Negara, Dr. Madinah Mohamad bahawa Najib melalui Ketua Setiausaha Sulitnya ketika itu, Shukry Salleh yang mengarahkan pindaan itu, peguam Shafee Abdullah berkata, maklumat yang dikeluarkan daripada laporan audit itu bukanlah perkara yang baru.

Maklumat yang dikeluarkan itu, salah satunya ialah mengenai kehadiran Jho Low dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB.

Najib dalam kenyataannya kemudian juga menegaskan, maklumat berkaitan kehadiran Jho Low dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB yang dikeluarkan daripada laporan audit itu sama sekali bukan perkara baru.

Kata beliau, maklumat tersebut sudah pun disebut dan dilaporkan sejak tahun 2015 lagi.

Sehubungan itu, beliau menafikan tindakan mengeluarkan maklumat itu sebagai percubaan untuk menutup sesuatu berkaitan skandal 1MDB.

Tetapi, jika ia bukan maklumat baru dan tidak pula sebagai percubaan menutup skandal 1MDB, mengapa ia diarah dipadamkan daripada laporan audit itu?

Bukankah maklumat itu sepatutnya dibiarkan saja ada dalam laporan audit?
Sudahlah begitu, selepas maklumat tersebut dikeluarkan, laporan audit itu kemudiannya diletakkan pula di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA.

Makna kata, setelah pindaan dibuat dengan membuang maklumat mengenai kehadiran Jho Low dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB, laporan audit itu akhirnya tidak boleh dibaca oleh sesiapa akhirnya kerana telah diletakkan di bawah OSA.

Jadi, untuk apa diarahkan pindaan jika akhirnya ia diletakkan di bawah OSA?

Kebiasaannya, oleh kerana tidak ada pindaanlah maka barulah logik laporan audit itu diletakkan di bawah OSA.

Ehh..apa Najib buat ni?

Sebenarnya, di sinilah terletaknya wayang kulit yang cuba Najib pentaskan untuk menyelamatkan dirinya dan melindungi Jho Low dalam skandal 1MDB.

Najib memang mahu pada akhirnya laporan audit itu didedahkan kepada umum untuk membuktikan beliau bersih dan tidak melindungi apa-apa atau sesiapa dalam skandal 1MDB yang menjadi perbualan di seluruh dunia.

Tetapi, sementara beliau mengarahkan Kementerian Kewangan membayar hutang-hutang 1MDB dan menyelesaikan beberapa perkara lainnya, laporan audit itu perlu diOSAkan terlebih dahulu.

Ia bagi memberi ruang agar beban hutang 1MDB dapat dikurangkan secara perlahan-lahan, sambil dalam waktu yang sama beliau berusaha memenangi PRU14 yang lalu.

Perkara pokok yang penting bagi Najib untuk menutup "kurap dan pekung"  1MDB ialah BN menang PRU14.

Apabila dalam tempoh beberapa tahun selepas PRU14 dan dalam keadaan BN kekal berkuasa serta beban hutang 1MDB juga berjaya dikurangkan, maka pada ketika itulah Najib akan tampil menunjukkan keikhlasannya dengan melepaskan laporan audit yang diOSAkannya itu untuk bebas dibaca oleh rakyat seluruhnya.

Sudah tentu laporan audit yang sudah dilepaskan daripada OSA dan boleh dibaca oleh rakyat itu tidak ada langsung menampakkan apa-apa yang sumbing atau sumbang sama ada berkaitan Najib sendiri atau campurtangan Jho Low dalam urusniaga 1MDB kerana segala-galanya telah pun dipadamkan.

Tambahan lagi ketika itu BN telah pun diberi mandat untuk berkuasa dan Najib masih lagi merupakan Perdana Menteri.

Najib akhirnya dapat membuktikan tiada apa-apa skandal dalam 1MDB, malah dengan sikap telus yang ditunjukkannya, dirinya juga akan ternampak suci bersih bersamanya.

Malangnya, semua wayang kulit Najib itu tidak menjadi kenyataan sebagaimana cuba dirancang apabila BN kalah PRU14 dan beliau sendiri tersingkir sebagai Perdana Menteri.

Bahkan dengan perkara itu terdedah sekarang ini, Najib dan beberapa pegawai kerajaan lain yang tunduk kepada arahannya itu bukan saja akan disiasat satu persatu, malah tidak mustahil turut dihukum secara bersama atas perbuatan yang jelas suatu pengkhianatan kepada negara. (ShahbudinHusin 26/11/2018)
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Pemilik The Edge Tuduh Najib MENIPU & Najib tahu Jho Low mencuri wang 1MDB sejak 2015] WAYANG KULIT NAJIB, di sebalik arahan pinda Laporan Audit 1MDB."

Posting Komentar