Loading...

Guru perlu ada kualiti, seronok bekerja, bukan kerana gaji, elaun - Maszlee

Loading...
KETERLIBATAN KESATUAN KEGURUAN MENJANA KUALITI PENDIDIKAN

Dalam usaha melahirkan insan kamil selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, potensi anak-anak perlu dibangunkan secara menyeluruh dan seimbang termasuklah membangunkan potensi jasmani yang berkait rapat dengan perkembangan minda.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik ketika menyampaikan ucapan perasmian Seminar Pendidikan Kebangsaan KGMMB 2019 di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Turut hadir Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) En. Jamil Mohamed dan Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), En. Jasni Md Kechik.

Dalam ucapannya, YB Dr. Maszlee turut memaklumkan Kementerian sedang gigih meletakkan hala tuju pendidikan negara ke arah matlamat lebih baik.
Beliau turut berkata antara usaha terpenting untuk mewujudkan sebuah sistem pendidikan berkelas dunia iaitu melalui pakej kerjaya guru yang berkualiti tinggi.

"Ia bukan sahaja soal gaji, elaun dan sebagainya, namun yang lebih utama ialah kualiti dalam kerja, keseronokan dalam menjalankan tugas," kata beliau.
Bertemakan Keterlibatan Kesatuan Keguruan Menjana Kualiti Pendidikan, seminar ini dihadiri lebih 250 orang guru.

#KPM
#MOE
#KGMMB

Sumber: FB KPM
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Guru perlu ada kualiti, seronok bekerja, bukan kerana gaji, elaun - Maszlee"

Posting Komentar