Loading...
Dengan hanya sehelai kain batik lepas saya boleh membawa identiti budaya yang cukup kuat di dalam setiap gambar yang saya ambil untuk kenang-kenangan. Memang sudah menjadi satu kebiasaan untuk saya bawa kain batik bila travel ke negara asia khususnya ke negara jiran kita Indonesia yang sudah semestinya mempunyai identiti seakan sama dengan kita. Malah ada juga diantara koleksi batik yang saya guna datangnya dari Indonesia seperti dari Solo (Surakarta).
Tengkolok Bulang Bidang
Untuk perjalanan saya pada kali ini, saya telah bawa bersama tanjak yang merupakan aksesori kepala kebanggaan bangsa Melayu kita. Tengkolok yang saya tempah khas dari seorang pesilat dari negeri Perak ini diberi nama sebagai Destar Bulang Bidang. Saya difahamkan bahawa Destar Bulang Bidang ini merupakan tanjak yang dipakai oleh golongan askar yang berpangkat. Ianya haruslah dibuat dari fabrik atau kain hitam sahaja atau 'tanah' atau asas warnanya mestilah hitam.
❝ Tengkolok (Jawi: تڠكولوق), juga dikenali sebagai destar, setanjak/tanjak, bulang hulu dan setangan kepala, merupakan sejenis alas kepala tradisional Melayu yang dipakai oleh golongan lelaki. Tengkolok diperbuat daripada kain songket panjang yang dilipat-lipat dan diikat dalam gaya (solek) yang tertentu. Pada zaman sekarang, tengkolok lebih banyak dipakai dalam majlis-majlis yang penuh adat istiadat, misalnya oleh kerabat diraja dan para hadirin dalam majlis istiadat diraja, dan oleh pengantin lelaki ketika majlis perkahwinan. ❞_wikipedia
Memandangkan ianya adalah tengkolok untuk pahlawan berpangkat, jadi ia sangat sesuai untuk dipakai waktu bersilat atau persembahan. Destar Bulang Bidang merupakan tanjak paling praktikal dan tidak mudah rosak sebab karangannya yang rata dan tidak berbentuk sangat.
Bagi korang yang nak buat tempahan tengkolok, korang boleh rujuk pada saudara Saiful Amin di laman social facebook beliau:
Loading...
0 Response to "TANJAK BULANG BIDANG"
Posting Komentar