Loading...
Imej via Berita Harian |
“Sebenarnya, golongan elit keluarga Melayu yang hendak kerana mereka terdedah dengan budaya bahasa Inggeris dan anak-anak mereka juga menggunakan bahasa Inggeris. Oleh itu, mereka mahu anak-anak mereka menguasai Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, itu fenomenanya.
“Golongan kecil elit Melayu serta bukan Melayu ini yang berpendidikan Inggeris ini mahukannya malah merayu tetapi sebahagian besar pelajar Melayu lebih senang untuk menggunakan bahasa Melayu tetapi pada masa yang sama ingin menguatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Katanya, pendekatan jalan tengah itu diambil kerana ada rakyat Malaysia menyokong penggunaan bahasa Inggeris bagi pengajaran mata pelajaran itu selain ramai berpendapat.
bahasa Inggeris akan menjadikan seseorang yang lulus lebih mudah diterima di pasaran.
“Tiada isu sebenarnya untuk Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris tetapi sebaliknya cara dan kaedah mengajar bahasa Inggeris yang perlu diperbaiki lagi berdasarkan keperluan murid-murid kita.
“Ada caranya untuk memperkukuhkan pengajaran bahasa Inggeris dan menjadikan ia lebih berkesan kepada pelajar. Apabila pelajar dapat menguasai bahasa Inggeris, mereka juga boleh membaca dan menulis pelbagai topik lain bukan sahaja Sains dan Matematik,” katanya.
Sumber: Utusan
Loading...
0 Response to "DLP bukan kaedah yang sesuai untuk baiki bahasa Inggeris - Datuk Isahak Haron"
Posting Komentar