 |
Imej via http://klikweb.dbp.my |
KUALA LUMPUR 10 Mac - Pendekatan kerajaan untuk membenarkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah dilihat seolah-olah cuba mengulangi kesilapan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebelum ini.
Penasihat Persatuan Linguistik Malaysia, Datuk Dr. Awang Sariyan berkata, PPSMI telah disahkan program yang salah dari segi dasar, matlamat dan pelaksanaannya malah beberapa kajian termasuk oleh Kementerian Pendidikan sendiri telah mengesahkan kegagalan PPSMI.
"Kementerian Pendidikan sendiri telah memansuhkannya pada tahun 2012. Adakah kerajaan kini hendak mengulang kesilapan hingga sanggup masuk ke lubang biawak kali kedua?
"PPSMI bukan program pemulihan atau peningkatan penguasaan bahasa Inggeris kerana terbukti dalam kajian-kajian empiris bahawa penguasaan bahasa Inggeris tidak meningkat, malah pencapaian pelajar dalam Sains dan Matematik turut merudum," katanya kepada Mingguan Malaysia hari ini.
Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan mengambil pendekatan membenarkan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah pada masa sama pengajaran kedua-dua subjek itu dalam bahasa kebangsaan tetap diteruskan.
Jelas Dr. Mahathir pendekatan jalan tengah itu diambil kerana ada rakyat Malaysia menyokong penggunaan bahasa Inggeris bagi pengajaran mata pelajaran itu, manakala ada pula menentangnya selain ramai berpendapat bahasa Inggeris akan menjadikan seseorang yang lulus lebih mudah diterima di pasaran.
Sementara itu, jelas Awang, penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar hendaklah ditingkatkan melalui mata pelajaran itu sendiri iaitu menerusi latihan perguruan, penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran serta penyusunan sukatan pelajaran yang berkesan.
"Pelajarilah sikap dan kebijaksanaan negara-negara lain yang melaksanakan pendidikan dalam bahasa kebangsaan masing-masing dan mereka maju, melebihi negara yang memilih bahasa asing sebagai bahasa penghantar utama.
"Jerman, China, Belanda, Perancis, Jepun dan Korea ialah antara contoh yang nyata. Semua negara itu tidak meminggirkan bahasa Inggeris malah menekankannya tetapi tidak sampai mengutamakan bahasa asing daripada bahasa sendiri.
Sumber -
UTUSAN ONLINE.
Related Posts :
[Video Sg Kandis Pas Umno BERTUNANG, duduk BERSANDING di Seri Setia? Musa Aman akan ditangkap?Isnin, 20 Ogos 2018
Musa Aman akan ditangkap?
Bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman dijangka akan mendarat di Lapangan Terbang Antara… Read More...
5 Tips Tunai Haji Di Usia MudaBila melihat rombongan jemaah haji berlepas ke kota suci Makkah, hati mula terdetik “Bila la masa aku pula nak menunaikan haji.” Semua sedia… Read More...
[Video Perempuan Ni Tuduh YB Khalid Samad Luluskan Pesta LGBT] Presiden GMIM (#walauntitPas?) MEMFITNAH Khalid Samad menganjurkan pesta gay & Undi tak percaya pada MB Perak hanya spekulasi.Isnin, 20 Ogos 2018
Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
11 jam ·
Wanita ni kata Khalid Samad menganjurkan dan mel… Read More...
[Video Najib, samanlah Tun Dr. Mahathir] 'PRK Balakong/Seri Setia' Berjemaah melindungi perompak penyamun perasuah penyelewengan & Adakah Najib MENJAWABNYA TAK TAHU?Isnin, 20 Ogos 2018
PENYOKONG Pakatan Harapan memberi sokongan kepada calon Parti DAP Dun Balakong N.27, Wong Siew Ki pada Hari Penamaan … Read More...
[Video Woi UmnoBN hang tau ke tidak?] Padahnya mengusung 'bangkai bernyawa' Umno dah TIADA LAGI MASA DEPAN! MCA, MIC terang2 tolak hudud berserta ugutan, TETAPI yang dituduh anti-Islam hanya DAP? Itulah wajah2 Pas, #LudahDuluJilatBalikAhad, 19 Ogos 2018
Suara Rakyat
Suka Halaman Ini · 1 jam ·
MCA, MIC terang-terang tolak hudud bers… Read More...
0 Response to "Isu DLP, jangan ulangai kesilapan PPSMI - Dr. Awang Sariyan"
Posting Komentar