Loading...
"PERDANA STREET FOOD" DI HOTEL PERDANA KOTA BHARU | Disebabkan sambutan yang menggalakkan untuk Perdana Street Food yang lalu, Hotel Perdana Kota Bharu sekali lagi menganjurkan acara yang sama pada tahun ini. Apa yang bestnya, mereka telah menambah baik dengan lebih banyak pilihan makanan. Acara ini sebenarnya telah pun bermula pada 15 Mac 2019 yang lepas lagi, dan akan berakhir pada 15 April 2019 ni. Jadi korang ada masa sebulan untuk datang dan menikmati makanan yang ada di Perdana Street Food pada tahun ni. Perdana Street Food akan berlansung setiap hari dari 6.00 petang hingga 10:30 malam. di Anjung Terrace, Hotel Perdana Kota Bharu.
Special untuk tahun ini, kumpulan kumpulan chef yang mengendalikan Perdana Street Food yang diketuai oleh Chef Ibrahim Abu Lasi telah mempersembahkan 16 buah gerai dengan menu makanan jalanan yang unik dan menarik. Jadi alang-alang saya dah sampai Kora Bharu, singgah lah sekejap nak tengok apa yang ada.
16 buah gerai dengan pelbagai jenis pilihan makanan yang unik dan sedap
Konsep Perdana Street Food ni adalah menggunakan kupon makanan. Korang akan diberi satu checklist menu dan boleh oder ikut keinginan dan membuat bayaran di kaunter. Kupon mengikut tempahan menu akan diberikan dan korang boleh guna kupon tersebut bila nak buat oder.
Memandangkan sekarang ni musim panas, kami oder pencuci mulut dulu. Kat sini ada pelbagai hidangan pencuci mulut yang best-best seperti Ice Cream Roll, Cheese Coke Stick, Fried Bread Stick Ball, Puffle Cones, Tutti Fruity Yogurt dan Lady Fingers Tiromisu Cheese.
Belum apa-apa kita dah oder pencuci mulut ni
Tak cukup kita oder Ice Cream Roll pulak
Habis pencuci mulut kita cuba makanan berat pulak. Jalan-jalan ternampak nasi lemak. Alahai terus oder tak fikir panjang. Nasi Lemak kat sini banyak jenis antaranya Nasi Lemak Sambal Sotong, Nasi Lemak Rendang Daging, Nasi Lemak Sambal Kerang, Nasi Lemak Paru Belada dan Nasi Lemak Ayam Goreng. Menarik kan, nasi dia hijau lah. Sambal dia pun sedap memang tak rugi try haritu.
Antara banyak-banyak saya cuba Nasi Lemak Sambal Kerang dia
Lepas makan nasi lemak cuba cari makanan yang lain pulak. Tak sangka kat sini pon ada Fried Hot Prawn Ramon, Kimchi Fried Rice Prawn, dan Kimchi Fried Beef. Dan menu yang jadi hidangan popular yang menjadi identiti Food Street kali ni adalah seperti Kway Teow Sotong Bakar, Char Kway Teow Sotong bakar, dan menu khas baru oleh chef mereka iaitu Char Kway Kok Sotong Bakar. Yang ni pun kami oder, tak tahan tengok Sotong Bakar dia tu. Dalam Char Kway Teow tu dah ada banyak Kerang, ditambah pulak dengan Sotong Bakar tu. Alahai habis licin tau.
Selain itu, ada juga menu makanan jalanan yang lain seperti Roti Tempayan dan Lempeng yang korang boleh oder dengan pilihan Kari Kambing atau Kari Ayam. Memandangkan kari dia nampak sedap, kami oder dua (2) roti tempayan iaitu satu (1) cheese dan satu (1) lagi yang biasa dengan kedua jenis kari iaitu kambing dan ayam. Apa yang saya boleh katakan kari kambing dia memang padu beb.
Layan betul Roti Tempayan denganKari Kambing ni
Mereka juga ada gerai untuk makanan laut bakar. Tak perlu risau tentang rasa dan kualiti makanan kerana semuanya akan di masak secara lansung selepas dioder. Pelbagai jenis ikan dan sotong yang datang dengan pelbagai sos seperti Nyonya, Sambal Petai, Berempah, Asam Pedas dan banyak pilihan lain lagi. Yang ni sejujurnya kami tak sempat oder sebab perut dah penuh. Tapi, Insyaallah kalau ada rezeki lagi boleh datang lagi. Event ni pon sebulan lamanya kan. hehe.
Kami tak sempat nak oder ikan bakar dia, hope nanti boleh kesini lagilah dengan family pulak
Untuk minuman pula, korang boleh cuba pelbagai jenis 'Milkshake' dan 'Frappe' seperti Chocolate Milkshake, Vanilla Milkshake, Mocha Frappe, Cappuccino Frappe dan lain-lain. Korang juga boleh memilih Jus Buah Segar dari pelbagai jenis buah segar yang disediakan.
Dari segi harga, Perdana Street Food menawarkan pelbagai hidangan dengan harga serendah RM3 sahaja. Selain itu, korang juga boleh mendermakan makanan anda kepada orang yang memerlukan dengan setem pada kupon yang anda beli di papan 'Leave Some Love' yang telah disediakan untuk sumbangan tersebut.
foto ihsan facebook page HotelPerdanagotaBharu
Kat sebelah luar juga ada booth untuk lukis karikatur dari Kora Kora Art. Bagi korang yang nak buat karikatur muka korang ke atau nak buat hadiah kat sapa-sapa ke boleh lah ke sini.
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan mengenai Perdana Street Food ni, korang boleh menghubungi 09-745 8888 atau fax 09- 748 8855. Selain itu korang boleh ke laman sesawang diorang di https://ift.tt/2h5wlW4 atau ke Facebook Page mereka di htt.://www.f ocebook.com/HotelPerdanagotaBharu dan Instagram, @hotelperdana_kotabharu .
Loading...
0 Response to "JOM AJAK KELUARGA, KAWAN-KAWAN MAKAN MALAM DI PERDANA STREET FOOD"
Posting Komentar