Loading...

Wujudkan kawasan rehat guru di sekolah - Maszlee

Loading...
KUALA LUMPUR - Sekolah di seluruh negara disaran menyediakan kawasan rehat guru (KRG) selain bilik guru yang merupakan ruang kerja golongan pendidik.
Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, berdasar lawatannya ke beberapa sekolah sebelum ini mendapati terdapat keperluan untuk mewujudkan KRG yang kondusif sebagai ruang guru berehat setelah selesai sesi pengajaran di kelas.

"Ini penting, kerana secara psikologinya guru juga manusia biasa dan perlukan ruang untuk berehat. KRG merupakan sebahagian aspirasi kementerian untuk mewujudkan suasana kasih sayang, kegembiraan dan saling menghormati.
"Saya ingin mengalakkan pelbagai pihak seperti pihak swasta, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan badan bukan kerajaan (NGO) menghulurkan sumbangan serta membantu menyediakan KRG, hal ini secara tidak langsung membantu meningkatkan kualiti pengajaran guru," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Berdasarkan surat pekeliling bertarikh 19 Disember lepas, kementerian memaklumkan pewujudan KRG merupakan antara 12 inisiatif terbaharu kementerian tersebut. - Bernama
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Wujudkan kawasan rehat guru di sekolah - Maszlee"

Posting Komentar