Loading...

[Video Kecoh 50 meterrr SPR! Kereta penyokong Tok Mat parkirrr tepi sekolah] TH Pas hanya tahu CAKAP KOSONG aje! Woii 90 jotterr Pas PUAS HATI bila Umno curi duit TH berbilion2 & 170 anggota polis Perak, Bukit Aman sertai Op Kesan Acap.

Loading...
Sabtu, 13 April 2019
KiniTV
10.50am - SK Nyatoh: Penyokong PH dan BN saling bertekak di luar sekolah. Ia bermula apabila penyokong PH membantah trak pikap yang mengandungi logo BN yang diparkir dalam lingkungan 50 meter dari sekolah berkenan. Mereka kemudian bertegang leher dan menjerit ke arah satu sama lain mengenai had sempadan logo parti yang dibenarkan. Trak itu dikeluarkan dari tempat kejadian ketika kekecohan berlaku.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, topi dan teks
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, orang berdiri, sut dan teks

170 anggota polis Perak, Bukit Aman sertai Op Kesan Acap

Seramai 170 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman hari ini meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Mohammad Ashraf Hassan, yang hilang sejak 23 Mac lepas, menerusi Operasi Khas Op Kesan.
Ketua Polis Perak, Razarudin Husain @ Abd Rasid berkata daripada jumlah itu, seramai 15 pegawai dan anggota serta dua ekor anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9) Bukit Aman turut serta dalam operasi yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC Yahya Abd Rahman.
"Operasi hari ini diperluaskan kepada 10 kilometer (km) persegi melibatkan kawasan baharu operasi SAR yang belum pernah dicari oleh pasukan penyelamat sebelum ini dan dijangka operasi ini akan dilakukan sehingga petang ini," katanya kepada pemberita di pos kawalan operasi di Kampung Pintu Padang di sini hari ini.
Razarudin berkata operasi hari ini turut mendapat bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Sebelum ini, kira-kira 800 pasukan penyelamat termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk kampung menyertai operasi bersepadu besar-besaran sebelum pihak polis menghentikan secara rasmi operasi pada 30 Mac lalu.
Bagaimanapun, Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak masih meneruskan operasi SAR mencari mangsa yang berusia 29 tahun itu sehingga ke hari ini dalam skala yang kecil.
Mohammad Ashraf dari Muar, Johor yang bekerja sebagai juruteknologi makmal di Klinik Kesihatan Muar bersama 485 peserta lelaki dan perempuan yang lain memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25km pada 23 Mac dan sepatutnya berakhir pada hari yang sama di lokasi sama.
Kehilangan mangsa disedari kawannya, Mohd Farid Md Kamal, 32, apabila mendapati Mohammad Ashraf masih tidak sampai selepas selesai perlumbaan sebelum membuat laporan polis kira-kira pukul 1.09 pagi, hari berikutnya (24 Mac).
Bernama
Malaysiakini.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Kecoh 50 meterrr SPR! Kereta penyokong Tok Mat parkirrr tepi sekolah] TH Pas hanya tahu CAKAP KOSONG aje! Woii 90 jotterr Pas PUAS HATI bila Umno curi duit TH berbilion2 & 170 anggota polis Perak, Bukit Aman sertai Op Kesan Acap."

Posting Komentar