Loading...
BERSATU Johor Bikin Kejutan. Pengerusi baru Bersatu Johor Mazlan Bujang hari ini mengumumkan barisan kepimpinan baru negeri itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau mengumumkan Ketua Bahagian Ledang Mohd Solihan Badri dilantik sebagai setiausaha, Ketua Bahagian Pulai (ketua penerangan) dan Adun Larkin Mohd Izhar Ahmad (bendahari).
Mazlan berkata pelantikan itu selaras dengan peruntukan 16.3 Perlembagaan Bersatu.
"Sebagai tradisi memperkemaskan jentera parti, saya juga membuat pelantikan berikut (iaitu) Ketua Bahagian Sekijang Uzzair Ismail sebagai pengarah media.
"Saya mendoakan semoga barisan pegawai yang dilantik dapat menjalankan tugas sebaik mungkin demi kepentingan parti dan negara," katanya.
Bagaimanapun Menteri Besar Dr Sahruddin Jamal tiada dalam senarai pelantikan baru itu.
BERSATU Johor Bikin Kejutan
Mengulas perkara itu, Mazlan ketika dihubungi berkata Sahruddin sendiri yang meminta agar dirinya tidak dilantik ke mana-mana jawatan dalam Bersatu Johor.
"Menteri besar minta untuk tidak disenaraikan dalam barisan parti agar boleh fokus pada pentadbiran negeri.
"Tetapi menteri besar akan diundang untuk menghadiri mesyuarat Bersatu Johor," katanya kepada Malaysiakini.
Pada 29 April lalu, Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya dalam satu kenyataan mengumumkan pelantikanMazlan ke jawatan itu, susulan Osman yang tidak lagi memegang jawatan itu ekoran susulan peletakan jawatan sebagai menteri besar.
BERSATU Johor Bikin Kejutan
Pelantikan Mazlan di luar kebiasaan kerana menteri besar biasanya akan memegang jawatan sebagai pengerusi negeri.
Terdahulu Malaysiakini melaporkan 22 daripada 26 ketua bahagian Bersatu Johor dalam satu pertemuan pada 6 Mei membantah pelantikan Mazlan dan bersetuju agar Sahruddin dilantik memimpin Bersatu negeri itu. - mk
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke
Loading...
0 Response to "BERSATU Johor Bikin Kejutan"
Posting Komentar