Loading...

Tak perlu kelas tambahan musim cuti kali ini - NUTP

Loading...
Imej hiasan
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menggesa semua pentadbir sekolah tidak mengadakan sebarang program termasuk kelas tambahan atau program akademik sepanjang cuti persekolahan kali ini.

Setiausaha Agungnya Harry Tan Huat Hock berkata sepanjang waktu persekolahan murid-murid telah terbeban dengan kerja sekolah yang banyak sehingga mereka berada dalam keadaan tertekan.


Katanya NUTP berharap murid-murid dan guru-guru dapat memanfaatkan cuti yang ada untuk melakukan aktiviti riadah atau aktiviti kesukaan mereka agar tekanan yang ada dapat dilupakan seketika selain memberi kesempatan untuk murid-murid pelbagai kaum merayakan Hari Raya Aidilfitri.

“Semasa cuti persekolahan sempena Hari Raya Aidilfitri ini, biarlah murid dan guru bergembira sambil berehat bersama keluarga dan sanak saudara serta teman menyambut hari raya yang penuh bermakna,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Cuti persekolahan bermula semalam sehingga 9 Jun ini bagi negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala bagi negeri-negeri lain cuti persekolahan bermula hari ini hingga 10 Jun.

- Bernama
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tak perlu kelas tambahan musim cuti kali ini - NUTP"

Posting Komentar