Loading...
Pengarah YAPEIM Bakal Mengundur Diri? Sebarang tindakan terhadap ketua pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) Abibullah Samsudin akan diputuskan oleh anggota lembaga pengarah yayasan berkenaan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata, perkara itu selari dengan amalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang meletakkan tanggungjawab mentadbir kepada anggota lembaga pengarah sesuatu agensi.
Pengarah YAPEIM Bakal Mengundur Diri? “Saya percaya mereka akan mengambil tindakan sewajarnya dan yakin akan ada kenyataan daripada pengerusi anggota lembaga pengarah Yapeim (berhubung perkara ini),” katanya.
Fuziah ditemui selepas menghadiri Program Sepakat@Komuniti Ramadan 2019 anjuran Jabatan Penerangan Pahang bagi meraikan 28 kanak-kanak dari Rumah Permata Al-Insyirah di Kompleks Dagangan Mahkota di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan media berhubung tindakan pengarah komunikasi PKR, Fahmi Fadzil membuat laporan polis hari ini, berhubung penularan video seorang lelaki didakwa kononnya Abibullah mempengaruhi kakitangan Yapeim pada pilihan raya umum lepas.
Pengarah YAPEIM Bakal Mengundur Diri?
Fuziah, yang juga ahli Parlimen Kuantan sekali lagi menegaskan kerajaan hari ini tidak melakukan politik balas dendam terhadap Abibullah atas perbuatan lepas kerana tindakan sedemikian disifatkan sebagai tidak profesional dan tidak adil.
Pengarah YAPEIM Bakal Mengundur Diri? “Jika wujud unsur ugutan kepada pihak pekerja sebelum pilihan raya, mereka boleh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna kuasa. Itu adalah hak pekerja dan bukan dalam bidang tugas saya,” katanya. - fmt
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke
Loading...
0 Response to "Pengarah YAPEIM Bakal Mengundur Diri?"
Posting Komentar