Loading...

Usaha sabotaj kerajaan PH? Sekatan perjalanan, perbaharu lesen dan cukai jalan diumum Timbalan CEO PTPTN (Wanita UMNO?) PECAT SAJA WAN SAIFUL sebagai Pengerusi PTPTN & TIADA SEBAB pilihanraya mengejut diadakan [Video Sekatan ke luar negara cuma cadangan]

Loading...
Ahad, 19 Mei 2019
KiniTV
Cadangan memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap pihak yang gagal membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dikemukakan dalam proses rundingan awam, kata menteri pendidikan. Ia, kata Dr Maszlee Malik, bukan cadangan PTPTN untuk dilaksanakan dalam tempoh terdekat, lapor Berita Harian. “Saya lihat apa yang PTPTN kemukakan ialah konsultasi awam. Mereka (PTPTN) inginkan pandangan orang ramai terhadap beberapa perkara. “Itu (memperkenalkan semula sekatan terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman) bukan cadangan mereka (PTPTN). “Cuma apabila wartawan tanya dia (Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan) macam itu... dia pergi jawab pula. “Pada pandangan saya, PTPTN perlu beri penjelasan kepada media supaya tidak berlaku salah faham seperti itu,” beliau dipetik sebagai berkata pada sidang media selepas sebuah sekolah Tamil di Georgetown.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri
Gang Utara Fan Club 
Timbalan CEO PTPTN Wanita UMNO?
Sekatan perjalanan, perbaharu lesen dan cukai jalan diumum oleh beliau.
Sedangan perkara ini masih diperingkat perbincangan kerajaan.
Usaha sabotaj kerajaan PH?

PECAT SAJA WAN SAIFUL SEBAGAI PENGERUSI PTPTN!

Sekali lagi PTPTN menjadi isu, bualan dan kemarahan orangramai.
Kali ini berikutan cadangannya mahu mengenakan semula sekatan perjalanan ke luar negara bagi peminjam yang gagal membayar pinjaman.
Sebelum ini sekatan perjalanan itu pernah dikuatkuasakan di era pemerintahan BN, tetapi sebaik PH mengambil alih pentadbiran kerajaan, ia telah dibatalkan kerana dianggap menindas peminjam, terutama yang belum bekerja tetap.
Kenapakah hanya setelah setahun membatalkan sekatan itu, PTPTN di bawah era PH yang di pengerusikan oleh Wan Saiful Wan Jan, salah seorang pemimpin Bersatu, mahu kembali semula menguatkuasakan cara dan gaya BN itu?
Tidak cukup dengan cadangan menguatkuasakan semula sekatan perjalanan itu, PTPTN juga berhasrat untuk mengenakan beberapa tindakan lain dalam usaha mengutip hutang seperti menyekat membaharui pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan.
Kenapa PTPTN nampak begitu zalim?
Meskipun ia masih berupa cadangan, PTPTN bukan saja harus menolaknya lebih awal, tetapi tidak patut sama sekali membawanya untuk diperkatakan kepada media massa.
Ini kerana ia adalah cadangan gila yang secara langsung adalah percubaan menjadikan PTPTN sebagai pengkhianat kepada kerajaan PH sendiri.
Kalau sampai lesen dan cukai jalan pun mahu disekat, apakah PTPTN mahu mendera peminjam agar hidup dengan berjalan kaki saja?
Apakah PTPTN, khususnya Wan Saiful tidak membaca dan meneliti kandungan janji manifesto PH berkaitan badan itu yang dijanji akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari sebaik memenangi PRU14 lalu?
Sebagai salah seorang pemimpin Bersatu, meskipun kalah bertanding di Pendang dalam PRU14 lalu, di manakah pemahaman dan penghayatan Wan Saiful terhadap manifesto PH bersama kedudukannya sebagai Pengerusi PTPTN?
Jika kita masih ingat, ini adalah kali kedua PTPTN di bawah Wan Saiful berbuat sesuatu yang bercanggah dengan aspirasi rakyat mengundi PH dalam usaha mengutip balik bayaran pinjaman pendidikannya.
Beberapa bulan sebelum ini, meskipun dalam manifesto PRU14 telah dijanjikan bayaran balik hanya perlu dibuat jika peminjam sudah berpendapatan RM4000 sebulan, beliau pernah membentangkan saranan agar peminjam perlu membayar semula mengikut peratusan gaji yang diperolehi.
Potongan yang dicadangkan ialah 2 hingga 15 peratus bermula daripada pendapatan RM2000 sebulan sehingga RM8000 dan ke atas.
Dalam cadangan itu, mereka yang bergaji RM4000 dikehendaki membayar sebanyak 8 peratus atau berjumlah RM320 sebulan sebagai bayaran balik pinjaman.
Tidakkah ini juga gila kerana sebelum menang PRU14 dijanjikan jika bergaji RM4000 baru dikehendaki membuat bayaran balik, tetapi setelah menang, bukan saja bergaji RM2000 sudah mahu dipotong sebanyak 2 peratus, malah yang berpendapatan RM4000 kena sedia disedut sebanyak 8 peratus atau RM320 setiap bulan untuk bayaran balik hutang PTPTN?
Nampaknya Wan Saiful tidak boleh berfikir bahawa mereka yang bergaji RM4000, apalagi jika tinggal di Kuala Lumpur, ditolak ansuran kereta, rumah dan belanja hidup yang tinggi kosnya, tiada apa lagi yang tinggal lagi untuk mereka meneruskan kehidupan seharian.
Mujur cadangan pertama itu ditangguhkan oleh kerajaan kerana didapati tidak sesuatu dan menekan peminjam.
Kini muncul pula cadangan kedua untuk menyekat perjalanan, termasuk membaharui pasport, lesen, cukai jalan dan juga lesen perniagaan.
Dengan sudah dua kali berbuat sesuatu yang tidak munasabah dan tidak menghayati janji manifesto sendiri, bermakna Wan Saiful tidak layak sama sekali menerajui PTPTN.
Kalau beliau masih tidak sedar diri dan enggan berundur, ada baiknya beliau dipecat dan diganti saja dengan orang lain sebelum muncul cadangan ketiga dan seterusnya yang mungkin lebih gila dan membuatkan PH tambah dibenci pengundi. (Shahbudindotcom 17/05/2019)

TIADA SEBAB PILIHANRAYA MENGEJUT DIADAKAN

Semalam, tokoh veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah meminta UMNO agar bersiap sedia dengan kemungkinan pilihanraya secara mengejut diadakan.
Gesaan itu dilontarkannya berikutan kemungkinan kononnya Tun Mahathir Mohamad akan berdepan kesukaran untuk melakukan peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim, lalu jalan mudahnya ialah mengadakan pilihanraya secara mengejut.
Ahli Parlimen Gua Musang itu seterusnya meminta UMNO dan Pas agar bersiap sedia dan menyelesaikan soal pembahagian kerusi dengan segera.
Kemudian, apa yang diperkatakan oleh Tengku Razaleigh itu turut dipersetujui oleh Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki yang membayangkan tidak mustahil pilihanraya mengejut akan diadakan seawal tahun depan.
Asyraf juga melahirkan keyakinan bahawa UMNO, melalui kerjasama dengan Pas, mampu mengalahkan PH jika pilihanraya secara mengejut itu diadakan.
Soalnya, perlukah Tun Mahathir mengadakan pilihanraya secara mengejut?
Jika diteliti, PH baru berkuasa selama kira-kira setahun dan menjelang awal tahun depan, tempohnya menjadi kerajaan baru saja mencecah setahun setengah.
Ketika ini PH masih berusaha menunaikan janji-janji manifestonya dan berikutan beban kewangan negara, ada janji yang sudah ditunaikan dan ada yang terpaksa mengambil masa untuk dilaksanakan.
Menjelang pertengahan tahun depan juga, peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar akan dilaksanakan sebagaimana yang telah dipersetujui dan dijanjikan.
Bermakna, tahun depan atau tahun 2020 adalah tahun yang penting bagi PH dalam membuktikan ia adalah kerajaan yang bersama dengan aspirasi rakyat yang telah bersatu padu menumbangkan BN pada PRU14 lalu.
Selepas tahun depan, PH masih ada tempoh berkuasa sehingga 2023 sebelum pilihanraya mesti diadakan.
Dengan yang demikian, adalah tidak munasabah untuk pilihanraya secara mengejut diadakan. Dalam tempoh yang berbaki ini, adalah lebih baik bagi PH berusaha menunaikan janji manifestonya dan memastikan peralihan kuasa berjalan lancar yang sekaligus akan memastikan gabungan itu terus stabil dan dipercayai rakyat dalam mentadbir negara ini.
Mengadakan pilihanraya secara mengejut di ketika banyak janji sedang diusaha untuk dilaksanakan, hanya akan mengundang risiko buat PH serta memberi kelebihan kepada BN dalam kempen-kempen mereka.
Dengan kata lain, PH akan lebih mudah ditolak rakyat melalui peti-peti undi jika pilihanraya secara mengejut diadakan berbanding menghabiskan penggalnya sehingga ke akhir tempoh.
Ini kerana dengan semakin banyak janji ditunaikan dan ekonomi perlahan-lahan dipulihkan, keyakinan rakyat kepada PH akan terus bertambah kuat lagi.
Tidak sukar memahami bahawa keinginan UMNO terhadap pilihanraya mengejut hanyalah gambaran merupakan kesengsaraan dan resah di jiwa menjadi pembangkang sejak setahun yang lalu.
Mereka beranggapan jika pilihanraya segera diadakan dan mungkin BN memperolehi kejayaan, keperitan menjadi pembangkang dan hidup tanpa kuasa akan segera dapat diakhiri.
Bagi UMNO dan BN, keinginan mereka hanyalah kepada kuasa semata-mata.
Tapi, tiada keperluan sama sekali sebenarnya untuk pilihanraya mengejut diadakan dan kepada pemimpin UMNO, bersabarlah kira-kira empat tahun lagi sehingga 2023 untuk belajar menjalani hidup tanpa kuasa, tanpa elaun dan tanpa peluang untuk menyamun seperti 61 tahun sepanjang BN berkuasa sebelum ini.
Setidak-tidaknya, jika sudah berjaya hidup sebagai pembangkang sehingga 2023, kalau kalah lagi pun dalam PRU15 akan datang, keperitan dan kesengsaraan hidup seterusnya tanpa kuasa sudah boleh dianggap perkara biasa saja. (Shahbudindotcom 17/05/2019)
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Usaha sabotaj kerajaan PH? Sekatan perjalanan, perbaharu lesen dan cukai jalan diumum Timbalan CEO PTPTN (Wanita UMNO?) PECAT SAJA WAN SAIFUL sebagai Pengerusi PTPTN & TIADA SEBAB pilihanraya mengejut diadakan [Video Sekatan ke luar negara cuma cadangan]"

Posting Komentar