Loading...

11 filem Asia berkaitan guru dan pendidikan

Loading...
Lazimnya, seseorang “hero” lebih terserlah kedudukannya apabila diangkat dalam sesebuah filem. Ini kerana filem menjadi medium yang paling dekat dan berunsur realiti untuk dibawa kepada masyarakat umum.

Justeru, kami cuba menyenaraikan 10 filem yang anda patut tonton untuk menghargai secara lebih mendalam jasa, pengorbanan dan tanggungjawab insan bernama guru ini.
Adiwiraku (Malaysia)
Antara filem bergenre drama yang terhad untuk guru pada era ini. Siapa tak tonton lagi memang rugi kerana ia menceritakan kisah benar mengenai seorang guru wanita yang bertungkus-lumus membimbing pelajar sekolahnya memenangi choral speaking.

Pelakon utama filem ini, K Sangeetha memenangi pelbagai anugerah atas lakonananya yang membawa ke tirai karektor sebenar guru bernama Cheryl Ann Fernando. Lebih baik anda tonton sendiri dan kembali kepada kami bagaimana anda rasa.
Baginda (Malaysia)
Filem tahun 1997 ini mungkin tak berapa popular sebagai filem mengenai guru tetapi percayalah ia mengetengahkan sutradara yang menarik dan patut dipuji. Filem bertemakan masyarakat arahan Aziz M Osman dibintangi Azean Irdawaty, Jalil Hamid dan Datuk Jalaluddin Hassan ini mengangkat tema kesedaran guru, antara niat ikhlas untuk mengajar atau wang ringgit.

Walaupun gagal dari segi kutipan, ia menjadi karya yang dicalonkan dalam pelbagai pertandinggan kerana penghayatan lakonan Azean Irdawaty dan Jalil Hamid. Filem ini mementingkan nilai pengajaran yang tinggi walaupun filem ini bergenre komedi dan yang penting ia tidak mempunyai lawak yang kosong atau sia-sia.
Karate Kid (1984)
Guru bukan hanya terhad dalam bidang akademik, malah lebih luas daripada itu. Filem yang pernah menjadi fenomena sekitar pada 80-an ini memaparkan kecekalan dan disiplin yang dibina oleh guru Karate, Mr Miyagi yang tenang dan bertindak hanya apabila perlu. Pastinya ramai yang mula menceburi bidang seni mempertahankan diri selepas menonton filem ini.

The Glove (Korea)
Filem mengisahkan mengenai sekumpulan pelajar pekak dan bisu yang berdepan pelbagai kesukaran dan cabaran untuk berlatih dan menyertai pertandingan sukan besbol peringkat daerah.

Seorang guru, Jung Jae Young seorang pemain besbol profesional panas baran dihantar ke sekolah di kawasan pedalaman untuk melatih pelajar sedar kemampuan mereka dan mengambil keputusan untuk melatih mereka ke tahap kebangsaan. Hubungan antara guru dan pelajar OKU ini pasti akan membuatkan anda cair hati.
Laskar Pelangi (Indonesia)
Filem adaptasi novel ini mengisahkan perjuangan 2 orang guru dan 10 pelajar dari sebuah sekolah yang jauh terpinggir di pedalaman. Menariknya, ia dilakonkan oleh pelakon yang terdiri daripada kanak-kanak yang dipilih dari kampung Belitung di Indonesia, sememangnya sebuah pedalaman yang jauh dari kota.
Mengambil masa setahun dengan bajet yang agak besar ia merupakan antara karya yang berjaya dalam arena filem negara tersebut. Bukan itu sahaja, lagu soundtracknya juga sangat digilai.
Taare Zameen Par (Hindi)
Filem lakonan Aamir Khan yang tak sepatutnya dilepaskan ini sudah tentu dekat di hati guru, pelajar dan ibu bapa yang mempunyai anak dengan masalah disleksia. Kemampuan Amir Khan yang mengesan masalah tersebut pada salah seorang pelajarnya dan pendekatan yang digunakan menjadi intipati filem ini. Setiap babak dan detik cemas yang dilalui pelajar kanak-kanak itu pasti dekat pada hati kita.
Aishah : Biarkan Kami Bersaudara (Indonesia)
Filem dengan tema keagamaan ini mengisahkan seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah jauh dari desanya, di komuniti yang berbeza agama darinya. Tambahan pula dia dibenci muridnya. Maka ia membawa kepada kisah bagaimana Aishah terus bekerja sebagai guru, atas pesan ayahnya untuk mengembang ilmu kepada yang memerlukan. Filem ini pun boleh buat mata anda berhabuk.
Great Teacher Onizuka (Jepun)
Great Teacher Onizuka atau lebih dikenali sebagai GTO ini dipopularkan menerusi siri manga dan ekoran kejayaan itu, ia diadaptasi menjadi filem. Watak guru dalam filem ini, pada awalnya bersikap dan berniat tidak baik tetapi setelah menjadi seorang guru secara tidak sedar dia berubah sekaligus menjadi inspirasi kepada anak muridnya. Kandungan lucu dalam filem ini pasti akan membuat akan terus tertarik.
Saatai (Tamil)
Seorang guru yang ditempatkan di sebuah perkampungan kecil di Tamil Nadu ini tidak gembira dengan cara sebuah sekolah kerajaan beroperasi. Selain sekolah yang usang dan mundur, ada guru yang tidak peduli, membuli pelajar dan masih tidak bersedia memahami psikologi kanak-kanak.

Watak utama, Dayalan mengambil keputusan mengubah bermula di kelasnya sendiri tetapi mendapat tentangan hebat seorang lagi guru yang mempunyai pengaruh politik. Dalam diam, guru besar sekolah itu menyokong Dayalan. Tontonlah, anda akan lebih sedar realiti pendidikan di Tamil Nadu.
Nammavar (Tamil)
Filem lakonan pelakon hebat, Kamal Hassan ini mengisahkan seorang pensyarah kolej yeng terpaksa berdepan dengan pelajar bermasalah, rata-rata pelajar orang kaya dengan pengaruh politik yang kuat tetapi rosak dengan isu gengsterisme, dadah dan sebagainya. Selain mengubah dan memperbaharui pendidikan, pensyarah itu cuba mendalami pelajar ini sama ada menggunakan cara lembut atau cara pelajar itu sendiri.

3 Idiots
Filem komedi-drama India tahun 2009 diarahkan Rajkumar Hirani, dengan skrip lakon layar ditulis Abhijat Joshi, dan diterbitkan Vidhu Vinod Chopra. Ia diadaptasikan secara longgar dari novel Five Point Someone oleh Chetan Bhagat. 3 Idiots dibintangi Aamir Khan, Kareena Kapoor, R. Madhavan, Sharman Joshi, Omi Vaidya, Parikshit Sahni dan Boman Irani.

Berbaloi untuk ditonton!
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "11 filem Asia berkaitan guru dan pendidikan"

Posting Komentar