Polis dijangka akan menyiasat seorang anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari PKR berkaitan kes video seks yang dikaitkan dengan menteri hal ehwal ekonomi Azmin Ali.
Adun itu telah pun dipanggil ke ibu pejabat polis Bukit Aman supaya percakapannya dapat dirakam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed memberitahu Malaysiakini perkara itu tetapi enggan mengesahkan sama ada individu itu seorang Adun.
Bagaimanapun, dipercayai wakil rakyat itu dialah Adun Kota Anggerik Najwan Halimi.
Pada 20 Julai, Najwan menafikan menjadi dalang dalam kes video seks sejenis itu.
Menyifatkan dakwaan itu tidak berasas, beliau menyifatkannya sebagai permainan minda di media sosial untuk mewujudkan perpecahan.
Dakwaan tersebut tercetus selepas Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dipetik oleh Bernama yang mengatakan seorang Adun Selangor juga disiasat polis berhubung kes itu.
Hamid juga dilaporkan berkata pemimpin dari sebuah parti politik merupakan dalang di sebalik "komplot jahat" untuk merosakkan reputasi Azmin.
Najwan sebelum ini dikatakan bersama kem Azmin, tetapi berpecah dan bertanding sebagai "kuasa ketiga" pada pemilihan Pemuda PKR (AMK) tahun lepas. -mk
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke
Related Posts :
UMNO & PAS kata perpaduan mereka demi membela MELAYU & ISLAM! Tapi kawan perniagaan mereka TAK ADE PUN MELAYU? #Terbongkar Barang yg dirampas dari rumah Najib DIBELI MENGGUNAKAN DUIT 1MDB! Armada: Gesa timbalan CEO PTPTN letak jawatan [Video 1MDB LUBUK EMAS KELUARGA NAJIB RAZAK?]Isnin, 20 Mei 2019
Jom Channel
1. SIAPA YANG MENGANCAM ISLAM? 2. SYARIKAT MODAL BERBAYAR RM2 DAPAT PINJAMAN RM1 BILION? 3. SETAHUN BERLALU,… Read More...
Pakatan Sulit Najib-Hadi, yang kena tipu ahli Pas yang buta & tuli..PH KERAJAAN SEPENGGAL, so apa masalah dan isunya? [Video UMNO DAN PAS BERSIH MELUCUKAN, KATA MAHFUZ]Isnin, 20 Mei 2019
Jom Channel
Kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu pandangan bahawa PAS dan UMNO kini bersih ekoran ahli kedua parti itu meny… Read More...
Dah tersungkur jatuh, baru nak bangkitkan melayu Islam..Boleh jln la tok mat! #FITNAH kepada DS Anwar Ibrahim dah delete postingIsnin, 20 Mei 2019
61 tahun memerintah negara, itu melayu apa? Itu melayu penyamun. Skrg dah tersungkur jatuh, baru nak bangkitkan melayu I… Read More...
Tajuk berita terlalu ekstrim, Maszlee sangkal tolak cadangan subjek agama
Berikutan beberapa akhbar perdana melaporkan dengan menggunakan takuj yang agak ekstrem berkenaan isu subjek agama, Menteri Pendidikan, Dr… Read More...
Biomineral Kecantikan Kulit Dan Wajah
6 Mineral Untuk Kecantikan Kulit Dan Wajah | Manfaat Biomineral Untuk Mencantikkan Kulit Dan Wajah Dengan Berkesan.
Artikel ini berkongsi … Read More...
0 Response to "ADUN Dalang Video Seks Diberkas?"
Posting Komentar