Loading...

Berita Gempar Dari Johor

Loading...
Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Johor, Norul Haszarul Abu Samah berkata beliau tidak sanggup berbalah dengan pihak Istana Johor lantaran sikap ditunjukkan ketuanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Norul hari ini menerima surat daripada parti itu memaklumkan beliau digantung daripada jawatannya kerana menyokong kerajaan negeri Johor mengekalkan takrif had umur belia di negeri itu sehingga 40 tahun.

Ini bercanggah dengan langkah kerajaan persekutuan dan inisiatif Syed Saddiq meminda undang-undang bagi menetapkan had umur belia dari 15 hingga 30 tahun.

"Saya tidak sanggup lagi untuk terus berdiam diri ketika halatuju Armada Bersatu tidak lagi menumpukan kepada agenda rakyat dan memenuhi janji manifesto pilihan raya, sebaliknya sentiasa termotivasi untuk mewujudkan perbalahan dengan beberapa pihak terutama pihak istana Johor.
Iklan

"Sebagai anak Melayu dan anak jati Johor, saya juga tidak sanggup berbalah dengan pihak istana Johor lantaran sikap ketua Armada Nasional yang sering mencetuskan masalah dengan Istana Johor," jelasnya dalam satu kenyataan.

Menurut Norul, parti yang disertai sejak awal penubuhan kini seolah-olah menutup pintu kepada perbezaan pendapat serta tidak lagi peka terhadap pandangan rakyat.

"Bagaimanapun saya menerima keputusan pucuk pimpinan Armada yang diterajui YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan hati yang tenteram dan terbuka," katanya.

Sebelum ini kerajaan negeri Johor beberapa kali membuat pusingan U berhubung isu had umur belia hingga akhirnya mengambil pendirian mengekalkan umur 40 tahun sebagai had usia golongan itu.

Selain Johor, negeri-negeri lain yang mengekalkan had umur pada 40 tahun adalah Sarawak, Selangor, Perlis, Pahang, Kelantan dan Kedah.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan pusat akan membatalkan keputusan kerajaan Johor itu sekiranya terdapat bukti campur tangan pihak istana. - mk







Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke 




Iklan
Image
Image
Image

biomineral-penawar-penyakit-dan-masalah-kesihatan-yang-mujarab-dan-semulajadi








Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Berita Gempar Dari Johor"

Posting Komentar