Loading...

MB Selangor Bakal Ditahan?

Loading...
Jawatankuasa Disiplin PKR akan menghantar surat kepada beberapa anggota parti itu susulan kenyataan mereka berhubung video seks yang mengaitkan timbalan presiden Mohamed Azmin Ali.

Antaranya ialah Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Setiausaha Politik Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador.

Selain diberi peringatan untuk berhati-hati dalam perkataan dan tindakan, mereka juga akan diminta menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, sumber memberitahu Malaysiakini bahawa surat itu tidak dikira sebagai surat tunjuk sebab.

Amirudin juga merupakan pengerusi PKR Selangor manakala Farhash pengerusi PKR Perak. - mk
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MB Selangor Bakal Ditahan?"

Posting Komentar