Loading...

Bagaimana Iklan Google Ads Gandakan Jualan Bisnes Online?

Loading...
Apa itu Iklan Google Ads?

Ramai tak tahu mengenai iklan Google Ads. Iklan Google Ads adalah iklan berbayar milik Google Inc. 

Iklan Google Ads dulunya dipanggil iklan Google Adwords adalah sebuah iklan yang paling popular dalam Google. Ini kerana hampir 100% pelayar internet menggunakan Google search bagi membuat carian di Google, jadi sudah pasti mereka bertemu iklan Google Ads.

Bisnes dan Jualan Online: Trend Bisnes Sekarang

Sekarang zaman bisnes dan jualan online. Kebanyakan bisnes, transeksi dilakukan secara online.

Iklan bisnes sangat penting dalam meningkatkan bisnes dan jualan samada secara offline atau online. 

Umumnya syarikat memperuntukan 5-10% bajet mereka untuk iklan. Tanpa iklan tidak akan ada jualan dan ia kritikal dalam mencapai sasaran untung-rugi.

Anda boleh buat iklan bagi banyak produk dalam Google Ads.

Bisnes Online: Gandakan Jualan Anda

Anda mahu gandakan jualan bisnes online? Tanpa iklan yang terbaik dan terbukti, mustahil anda akan mencapai sasaran jualan tahunan. Kami syorkan anda menggunakan Google Ads dalam mengiklan produk dan perkhidmatan.

Google Ads: Apa Kelebihan Iklan Tersebut?

Ada banyak iklan berbayar di pasaran selain Google Ads, tetapi Google Ads mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan, antaranya:

Google Ads milik Google Inc: Luas Pendedahan Tidak ada guna iklan di tempat yang takda orang. Sekarang hampir semua orang gunakan Google Search untuk buat carian. Jadi hari-hari anda akan tengok iklan online Google Ads di kiri, kanan, atas bawah paparan Google Ads. Jadi produk anda lebih mudah dikenali.

Sasaran pasaran iklan Google jelas. Iklan Google Ads berasaskan carian. Sudah tentu pelanggan akan mencari produk anda berasaskan keyword yang anda setkan. Jadi anda tak perlu risau sangat orang akan jumpa iklan anda atau tidak.

Google Planner untuk cari keyword popular. Anda tak perlu fikir apakah keyword terbaik dalam membuat iklan Google Adwords. Pengguna Google Ads berpeluang mengguna Google Planner. Jika anda hendak menjual kasut sukan, anda perlu taip "kasut sukan" pada paparan carian Google Planner. Google Planner akan senarai carian keyword yang popular dengan volume carian purata sebulan. Anda pilih keyword yang popular dan terus buat iklan.

Jimat kos iklan online. Anda boleh jimatkan kos iklan online Google Ads kerana: 
Anda sendiri yang setkan kos per klik keyword dan bajet harian iklan. Jika takda orang klik iklan, maka takda lah kos iklan yang dikenakan kepada anda. Begitu juga bajet harian. Jika anda set RM10 sehari, maka apabila habis duit iklan RM10 itu, iklan anda tidak berjalan pada hari itu.

Anda boleh banyakkan keyword dan iklan. Jadi anda tak perlu bersaing sangat dengan keyword yang mahal dari pesaing produk anda. Anda boleh buat berpuluh keyword dan iklan dalam Google Ads bagi satu kempen (satu produk).


Anda boleh dapat keyword baru yang digunakan sendiri oleh prospek anda iaitu dari search term dalam Google Ads. 

Anda akan tahu apakah exact keyword yang ditaip oleh pelanggan dalam google search. Jika volume keyword banyak, anda boleh gunakan keyword itu bagi membina iklan baru. Biasanyakeyword exact ini paling murah berbanding broad keyword dan phrase keyword.


Ada banyak pilihan iklan Google Ads. Iklan Google Ads menawarkan iklan berbentuk carian laman web, carian video, iklan paparan dan iklan re-marketing.


Iklan Google Ads mudah dibuat walau tak pandai IT. Anda tidak perlu ada kemahiran IT untuk buat iklan Google Ads. Ia semudah 1-2-3.


Bergambar dengan sifu Google Ads, Wan Mus semasa berkursus Google Ads dua tahun lepas.
Saya takda asas IT dan dah pencen pun boleh ikut kursus Google Ads (dulu Google Adwords)
Sejak itu saya mula menggunakan iklan Google Ads dalam mengiklan produk-produk saya.
Bagi yang mahu meningkatkan jualan, Google Ads adalah wajib dimiliki. Saya yakin anda tidak menyesal memiliki ilmu Google Ads.



Bagaimana Mendapatkan Panduan Iklan Google Ads?

Klik pautan berikut: Panduan Google Ads








Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bagaimana Iklan Google Ads Gandakan Jualan Bisnes Online?"

Posting Komentar