Loading...

"Raatchasi" Angkat Profesion Guru, Kritik Sistem Pendidikan Sekolah Kerajaan Di India

Loading...
Di media sosial Facebook, tular beberapa potongan klip daripada filem Tamil ‘Raatchasi’ yang menunjukkan lokasi di kawasan persekolahan.

Mengangkat beberapa isu berat dalam sistem pendidikan di India, terutamanya di sekolah kerajaan, ‘Raatchasi’ dianggap sebagai satu percubaan berani pengarah, Sy Gowthamraj dan penulis skrip, Bharati Thambi.

Mengisahkan mengenai seorang guru besar yang baru berpindah di sekolah yang terletak di pedalaman, kehadiran Geetha Rani (lakonan Jyotika) tidak disenangi oleh murid-murid dan guru-guru di sekolah tersebut kerana dianggap mengubah ‘cara operasi’ sekolah kerajaan.
Mempunyai karekter tegas dalam mentadbir, Geetha memaparkan sifat seorang guru yang bekerja bukan sekadar mahu mendapatkan gaji, tetapi mahu mengubah sistem pendidikan di sekolah tersebut agar anak-anak murid yang dilahirkan benar-benar ‘menjadi’ manusia.

Mengangkat isu seperti perbezaan kasta dalam pendidikan, perbezaan sekolah kerajaan dan swasta, sikap korupsi guru-guru dan campur tangan politik dalam pendidikan sedikit sebanyak terkena tempias mesejnya untuk mereka di Malaysia.
Antara selitan unsur humor adalah seperti perlawanan antara Geetha (yang memakai sari) dengan samseng-samseng (bersenjata) yang berang kerana mereka tidak lagi dibenarkan menggunakan anak-anak di sekolah sebagai buruh yang dibayar dengan harga murah membawa kepada pengakhiran kekalahan; memang cukup menghiburkan.

Kewujudan unsur-unsur suspens, sinis dan inspirasi membuktikan bahawa filem ‘Raatchasi’ bukan seperti kebanyakan filem-filem fiksyen Tamil yang lain; mengarut dan tidak masuk akal – seorang hero menang berlawan dengan 10 orang jahat tanpa sedikit calar.

Membawa mesej penting, watak Geetha dicipta bagi mengkritik sistem sosial masyarakat India yang terlalu mementingkan kasta; yang miskin tidak layak menerima peluang pendidikan dan terus miskin, yang kaya terus kaya dan berhak menerima semua peluang yang ada.
Geetha juga dipotretkan sebagai seorang guru yang membantu anak muridnya dalam mengenal dan mencungkil potensi bakat serta kebolehan mereka dengan pengajaran di sekolah.

Penjagaan gerak badan dan bahasa yang digunakan Jyotika turut perlu diberikan pujian kerana setiap dialog yang disampaikan memudahkan penonton untuk lebih menghayati penceritaan filem ini.

Nak tahu lebih lanjut, kenalah tonton filem ini. Bak kata Geetha,
Anak-anak tetap berhak menerima pendidikan walau semiskin mana pun keadaan kewangan mereka dan sebagai ibu bapa, kita perlu memainkan peranan dalam mencorakkan masa hadapan mereka.

Sumber: The News Minute, Shahrol Nizam Zack Zulkifli
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to ""Raatchasi" Angkat Profesion Guru, Kritik Sistem Pendidikan Sekolah Kerajaan Di India"

Posting Komentar