Loading...

Cikgu dituduh pemalas, tak ikhlas sebab tak cuci bekas makanan anak

Loading...

Viral beberapa cetakan skrin perbualan seorang ibu kepada guru kelas anaknya. Perbualan yang agak kasar tersebut hanya berlaku satu hala tanpa respon oleh guru tersebut.

Ibu tersebut mendakwa guru kelas anaknya itu seorang yang pemalas kerana tidak mencuci bekas makanan yang dibekalkan kepada anaknya. Ibu itu juga dilihat cuba mengugut untuk memalukan guru tersebut di dalam kumpulan Whatsapp mereka.

Rata-rata netizen terutama golongan guru terkilan dan amat marah dengan tindakan ibu tersebut. Mereka berpendapat, ibu kepada murid tersebut amat melampau dan tidak bertanggungjawab bukan sahaja kepada anaknya, malah kepada pihak sekolah.

Tugas guru sepatutnya mengajar dan bukan jadi tukang cuci ataupun memeriksa segala kelengkapa murid yang dibawa dari rumah. Ini adalah tugas utama penjaga dan ibu bapa.

Hilang sudah rasional ibu bapa pada zaman sekarang. Amat menyedihkan persepsi terhadap guru begitu hina di mata mereka.


Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Cikgu dituduh pemalas, tak ikhlas sebab tak cuci bekas makanan anak"

Posting Komentar