Loading...

DEBARAN AJL34 MAKIN TERASA 12 FINALIST BERENTAP PADA 9 FEBRUARI 2020

Loading...

Hari yang paling dinanti-nanti Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34) bakal berlangsung tak lama lagi iaitu pada 9 FEBRUARI 2020, 9 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil dengan membawa tema ‘Warna-Warna Suara’.

Seramai 12 Finalis Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34) berdebar menanti malam bersejarah yang bakal menobatkan lagu terbaik.

“Saya berdebar dan sebenarnya takut. Saya banyak buat latihan misalnya menonton cara penyanyi senior seperti Dayang Nurfaizah dalam nyanyian. Ini adalah pengalaman pertama saya bertanding di pentas besar seperti AJL” ujar penyanyi Aina Abdul yang mengakui berdebar menanti malam pertandingan itu nanti. 
Sementara itu, penyanyi lagu Sumpah, Naim Daniel turut meluahkan rasa gementar dan sedang membuat persiapan terakhir.

“Tipulah kalau saya kata tidak takut. Saya mahu rehat dan tidak menerima undangan persembahan terlalu banyak selepas ini. Ini pertama kali saya bergelar finalis AJL jadi saya mahu all out. Saya mahu penonton yang datang menyaksikan persembahan secara langsung dan juga yang tengok di rumah pada hari itu dapat menjiwai apa yang saya bakal sampaikan,” katanya.
Selain Naim dan Aina, 10 finalis lain bertanding adalah Drama Band (Drama), Akim & The Majistret (Rampas), Kugiran Masdo (Dinda), Hazama & The Penglipurlara (Peneman), Aina Abdul (Sumpah), dan Hafiz Suip (Kisah Cinta Kita). Tidak ketinggalan, Ernie Zakri dengan Ku Bersuara, Bob Yusof (Anta Permana); Fairuz Misran (Ragaman) dan Haqiem Rusli (Lembah Kesepian) dan Aman RA (Bangun).


Sementara itu, peminat masih berpeluang membeli tiket tempat duduk aras empat berharga RM30. TV3 dalam kenyataan menyebut, penjualan tiket rancak pada Showcase AJL34 di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana pada 18 Januari lalu.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "DEBARAN AJL34 MAKIN TERASA 12 FINALIST BERENTAP PADA 9 FEBRUARI 2020"

Posting Komentar