Loading...

Rasa macam curfew saja...

Loading...

Dengan keadaan negara kita yang macam tak ada kerajaan, kena pulak perintah berkurung dalam rumah disebabkan wabak covid-19, tengah masak kat rumah gas pulak habis. Terpaksa keluar nak beli gas, suasana lengang dan senyap sunyi, terasa macam sedang berada di zaman perang.

Senyap sunyi dan sepi... Kalau kat bandar pun macam ni, tak tahu lah kat kampung macam mana... Kalau malam mesti ada nampak langsuir bergantung atas pokok kekabu.

Masa berjalan nak masuk kedai itu, mata liar jugak mengawasi sekeliling takut ada askar jerman buat serang hendap kang, "Amerika naa....!"

Kalau malam lagi terasa. Gelap dan sepi. Sekali-sekala nampak cahaya lampu motosikal budak grab food dan lip-lap cahaya siren kereta polis.

Lockdown ni tak ada kena-mengena dengan politik, cuma kebetulan virus corona menyerang ketika politik kita sedang dilanda krisis.

Cerita politik kita pause dulu, kecuali yang berkaitan dengan covid-19 yang melibatkan kenyataan orang politik. Dan kalau tak kerana covid pun, tak ada apa nak cerita dah bab politik. Tun dah letak jawatan dan PH dan jadi pembangkang, selesai dah lah politik saya. Nak harap apa lagi lepas ni...? 

Bontot Azmin betul-betul telah merosakkan segala-galanya... Itulah punca segala punca hingga terjadi segala masalah yang menimbulkan problem... Berubah lanskap politik kita hingga berlaku seperti mana yang kita hadapi sekarang, puncanya kerana jubor je. - Umo Bin Othman

Belajar bahasa Covid-19...

Bahasa Covid-19 adalah bahasa dunia masa kini. Bahasa pandemik. Bahasa yang merentasi benua. Dulu-dulu ada orang mendoakan agar bahasa Covid-19 ini datang ke Malaysia. Katanya, biar bangsa DAP faham bahasa Covid-19.

Sekarang benar-benar bahasa Covid-19 berada di depan pintu rumah masing-masing. Ia tidak mengira penghuni rumah itu bangsa DAP atau bangsa lain, agama Islam atau bukan Islam. Ini benar-benar bahasa yang menuntut nyawa.

Tiada siapa yang dapat menyangkal. Orang China berbahasa Mandarin setuju. Orang Israel berbahasa Ibrani, akur. Orang Itali yang tidak bertutur bahasa Inggeris mengakui. Orang Nusantara macam Malaysia sedang tekun memahami bahasa Covid-19. Ia tidak pernah dituturkan berlaku sebelum ini. Bahasa ini perlu difahami oleh semua orang.

Tatabahasanya rumit. Pakar bahasa Covid-19 masih terkial-kial mencari formula terbaik untuk memahami bahasa ini. Ia semakin sukar apabila kenyataan menteri kerajaan belakang pintu kadang-kadang setaraf saja dengan bomoh Satu Malaya.

Memburukkan keadaan, berlaku pertembungan autoriti di antara pakar bahasa Covid-19 terlatih dari Cambridge University dengan pakar-pakar bahasa Covid-19 yang naik junjung selepas dapat kuasa. Ketika artikel ini ditulis, Malaysia merupakan negara keempat dalam penguasaan bahasa Covid-19 di peringkat Asia.
Image may contain: plant
Penggusti berhenti sejenak

Sudah lebih 1,183 kes positif setakat ini dan empat orang sudah meninggal dunia manakala 87 telah dibenarkan pulang ke rumah. Angka ini akan sentiasa berubah-ubah mengikut perkembangan bahasa Covid-19 melebarkan wataknya.

Sudah masuk hari kelima, saya dan juga rakyat Malaysia berkurung dalam rumah. Bukan lagi ‘social distancing’ tetapi sememangnya langsung tidak bersosial saja, kecuali hubungan di antara suami isteri sahaja.

Menjadi suatu keperluan yang amat kepada rakyat mengetahui bahasa Covid-19. Bahasa Covid-19 datang semacam tepat pada waktunya. Ia berlaku di tengah-tengah keributan ahli politik berpencak silat merebut takhta kuasa di Shareton.

Segala makhluk politik dari seantero dunia turun malam itu. Bersatu merebut kuasa. Sedang yang berkuasa bertungkus-lumus mempelajari bahasa Covid-19 tanpa henti. Acara di gelanggang sedang berlangsung, tiba-tiba bahasa Covid-19 masuk ke tengah-tengah podium. Langsung seakan-akan terhenti seketika para penggusti kuasa bertelingkah.

Tiba-tiba sahaja Muhyiddin Yassin diisytihar sebagai pemenang. Bukan tiada bantahan atau gerakan melawan keputusan itu. Ada. Akan tetapi bahasa Covid-19 seakan membisukan suara rakyat yang keramat itu. Masing-masing sibuk bertutur bahasa Covid-19 siang malam, pagi petang tanpa henti.

"Stay at home. Stay at home. Stay at home." Muhyiddin lebih lancar merayu dalam bahasa Inggeris. Berulang kali ia disebut dengan fasih. Itulah bahasa Covid-19. Pengumuman pihak polis menggunakan pembesar suara kepada orang awam yang sedang beriadah tidak dihiraukan.

Orang awam seakan tidak memahami bahasa yang digunakan oleh pihak polis. Itulah bahasa kebangsaan. Bahasa Covid-19 adalah bahasa Inggeris, barangkali. Oleh itu, langkah awal kerajaan yang dipimpin oleh Muhyiddin adalah memastikan sebarang gerakan rakyat dapat dikawal. Covid-19 ialah kesempatan terbaik memastikan ketidaktentuan gerakan politik tanah air akibat pertelingkahan politik dapat dihentikan.
Tak ada lagi kesesakan

Kerajaan tidak membenarkan sebarang perhimpunan besar hatta kenduri kahwin pun terpaksa dibatalkan demi membendung wabak ini melebar. Mesyuarat pertubuhan dan parti politik juga dihentikan. Orang sedang memancing diarah pulang. Mereka tidak tahu, barangkali itulah lauk buat anak isteri. Bahasa Covid-19 tidak kenal kasihan dan pertimbangan.

Sekatan jalan raya oleh pihak polis juga dikatakan tidak dapat menghalang orang ramai yang tidak reti duduk diam. Akhirnya kerajaan memutuskan untuk mendapatkan bantuan Kementerian Pertahanan bagi membantu penguatkuasaan dalam pelaksanaan pendekatan social distancing.

Bahasa Covid-19 menurunkan harga petrol sehingga RM1.50 seliter. Bursa saham menjunam dan Bursa Malaysia kehilangan berbilion-bilion ringgit dalam seminggu ini. Tiada langsung kesesakan jalan raya di kota raya dan Tambak Johor. Kadar kemalangan jalan raya menurun. Kadar jenayah pun merudum.

Semua kaum ibu dan isteri memasak di rumah untuk ahli keluarganya. Semua anak-anak memakan air basuhan tangan ibu. Suami membantu isteri - daripada mengemas rumah hingga memasak lauk-pauk. Inilah cerminan keluarga bahagia. Kilang Carlsberg dan Anchor tutup operasi. Kedai nombor ekor, kasino Genting Highlands tutup. Satu pencapaian yang luar biasa kerajaan di bawah Muhyiddin.

Bil elektrik mulai April akan menerima diskaun sehingga enam bulan. Bayaran PPPTN juga ditangguhkan bagi mengurangkan beban peminjamnya. Tidak cukup dengan itu, beberapa kerajaan negeri memberi beberapa bantuan dan sumbangan bagi mengurangkan bebanan.

Terdapat juga Adun yang kelihatan ceria mengedar ikan kembong kepada asnaf zakat, mengedar penutup hidung, menghantar bekalan makanan dan sebagainya walaupun sebelum itu dia menitiskan air mata. Semua langkah tersebut memang patut dipuji. Media mereka sendiri giat mengulang tayang keprihatinan mereka. Laksana hero turun dari langit ke tujuh.
Image result for Muhyiddin main golf
Kerja tanpa publisiti

Bukankah ini semua berlaku di bawah pemerintah Muhyiddin? Apa lagi yang kamu mahu? Ironinya, masjid-masjid juga ditutup. Madrasah tiada kelas agama. Tiada solat Jumaat walaupun DAP sudah tersungkur. Sekolah-sekolah cuti. Pejabat dan kedai-kedai tutup. Hospital dan klinik menangguhkan pembedahan yang tidak kritikal. Peniaga gerai dan warung tepi jalan kehilangan pekerjaan. Pekerja-pekerja kilang terpaksa berkurung dalam asrama.

Majikan menanggung kerugian yang tidak sempat dihitung. Para petugas kesihatan sama ada di hospital, klinik atau jabatan lain bertungkus lumus menguasai bahasa Covid-19. Bertarung antara hidup dan mati.

Sudah terdapat doktor dan polis menjadi mangsa dan masih dirawat. Ini adalah pertarungan antara nyawa dengan tanggungjawah nasional. Pihak keselamatan, pemandu bas, lori dan pengedar makanan dan sebagainya yang kekal bertugas tanpa dendangan sesiapa pun. Tanpa kemera. Tanpa publisiti.

Bahasa Covid-19 sungguh luar biasa. Bahasa Covid-19 adalah alat kuasa yang berfungsi pelbagai. Oleh kerana itu, Muhyiddin mempunyai masa untuk bermain golf bersama taikun yang menderma untuk tabung bahasa Covid-19. Ia harus dimaafkan.

Namun di sebalik itu, Muhyiddin menamatkan khidmat setiausaha agung partinya tanpa berunding dengan pengerusi parti dia sendiri. Adakah ia harus dimaafkan juga?

Di sebalik itu, usaha memancing pimpinan Pakatan Harapan (PH) masih berterusan. Muhyiddin menggunakan jentera kerajaan untuk mematikan sebarang elemen kebangkitan rakyat yang tidak berpuas hati peralihan kuasa. Maafkan sahaja? - Dr.Muhaimin Sulam,mk

Coronavirus: Government must 
get its act together quickly...

We are now into the fourth day of the movement control order (MCO) initiated by the government to contain the spread of coronavirus. While Malaysians will no doubt be supportive of measures taken to protect them from, what is by all counts, a serious health emergency, the government owes it to the people to act promptly with transparency and clarity to avoid confusion and panic.

It should have learned something from the panic buying that was sparked a few days ago when the government indicated that a major announcement on the crisis was in the offing. With too much ambiguity and uncertainty about what to expect, people reached their own conclusions and rushed to stock up on essential supplies.

Now, news that the army is going to be deployed beginning Sunday is causing similar panic. Without a clear explanation as to why the army is being called in and with contradictory statements coming from the ministry of defence, people are wondering whether it is a prelude to harsher restrictions. The result, predictably, is yet longer lines at supermarkets.

General Arshad Raji of Patriots has questioned the need to deploy the army; many Malaysians will agree with him. After all, we have more than enough police to enforce the MCO. If the minister of defence wants to be useful, he should consider asking the army to set up field hospitals or testing centres to help cope with the pandemic instead of putting troops on the streets where they would be superfluous.

In the meantime, the government must understand that every statement it makes and every policy decision it takes will have consequences. It must think through all aspects of its decisions and statements.  Former MITI minister Rafidah Aziz summed it up well when she urged Putrajaya “to think before announcing measures.”

And for heaven’s sake, can the government itself stopping spreading false information as the health minister did yesterday when he suggested that drinking warm water could flush out coronavirus. That’s the kind of advice you’d expect from our Raja Bomoh not the minister of health.

The government is always urging people to stop spreading fake news; it is too much to expect the government to heed its own advice?

There is also a lot of confusion about the what the MCO involves. A video is being widely circulated, for example, of a police officer telling a driver that only one person in each family is allowed to go out at a time to buy groceries. One of our ministers, on the other hand, says only the head of the family is allowed out to purchase supplies. So, what exactly is the rule?

And, if that is the order of the day, why hasn’t it been highlighted before? Are they making up rules on the fly? Can’t they even agree on a common position? Whose interpretation are we to follow? Can’t they have a single spokesperson on all matters pertaining to the MCO?

Of course, there is the hotline but what’s the point of having a hotline if it is continuously busy? Perhaps public television can run programs like what CNN is doing where people can call in to have their questions answered.

Clearly, the more information and clear instructions there are on these matters the easier it will be for the public to comply. It’s not fair to blame the public for flouting the rules when the rules themselves are not clear.

To be sure, this is a new experience for all of us – government and people – and we are going to have to make adjustments as the situation progresses. Whatever it is, clarity of rules and expectations is key to avoiding panic, confusion and misunderstanding.

The only way we are going to overcome this crisis is for the government and people to work together. For that to happen the government must take the people into its confidence, provide timely updates and honest assessments of the situation and respond with transparency and clarity. After all, nobody has a greater stake in the health and safety of the country than the people themselves.

Muhyiddin and his Perikatan Nasional government went behind our backs to take over Putrajaya; now they must demonstrate that they have the capacity to lead. So far, their performance is far from inspiring. - Dennis Ignatius

Kempen #StayAtHome bagi orang yang pekak badak...

Image may contain: 4 people, text

Kucing pun pandai social distancing,
Hangpa bila lagi?...
Image may contain: 1 person, standing, possible text that says 'STAY AT HOME OR THIS BECOMES YOUR HOME #DudukRumah #StayHome'
cheers.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Rasa macam curfew saja..."

Posting Komentar