Loading...
MENABURKAN BERITA FITNAH WAJIB DIAMBIL TINDAKAN. PUAK-PUAK NI TAK PATUT DIBIARKAN CELUPAR KERANA MEMBURUKKAN NAMA BAIK ATM.
Panglima ATM nafi ada keizinan pukul orang awam
Diterbitkan 21 Mar 2020, 7:47 pm
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan kandungan rakaman suara yang tular menerusi aplikasi WhatsApp, kononnya anggota pasukan itu diberi kebenaran memukul orang awam ketika menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan.
Panglima ATM Jen Affendi Buang dalam satu kenyataan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu, rakaman suara dan mesej yang mendakwa kaedah itu akan diguna pakai semasa membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Masyarakat diminta berhenti menyebarkan mesej atau informasi itu kerana ia boleh mengundang pelbagai spekulasi dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan rakyat,” katanya.
Affendi berkata mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sementara itu, Affendi berkata masyarakat tidak perlu bimbang apabila melihat kehadiran anggota ATM daripada cabang darat, laut dan udara sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.
“Ini merupakan tugas sekunder ATM pada waktu aman, iaitu berperanan membantu pihak berkuasa awam memelihara keamanan negara.
“Orang ramai perlu bekerjasama dalam mematuhi perintah kawalan pergerakan agar usaha membendung penularan Covid-19 dapat dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya.
Semalam, tular satu rakaman suara berdurasi 39 saat yang mendakwa anggota tentera akan memukul orang awam sekiranya melanggar arahan perintah kawalan pergerakan.
- Bernama
Loading...
0 Response to "YANG MENYEBARKAN BERITA PALSU WAJIB DICARI HINGGA LUBANG CACING"
Posting Komentar