Loading...

PKP: Rumusan hala tuju normal baharu pendidikan - Dr Radzi Jidin

Loading...

Saya kongsikan catatan wawancara Slot Agenda Awani bersama YB Menteri Kanan Pendidikan pada Isnin, 20 April 2020 jam 9:00 Malam.

Tajuk: Hala Tuju Normal Baharu Pendidikan

Pendahuluan

Antara bidang yang terkesan akibat pandemik Covid-19 adalah pendidikan.

Pusingan 1
Soalan 1
KPM mengambil sedikit masa sebelum mengumumkan langkah yang diambil. Apa yang dibuat oleh KPM sehingga sidang media diumumkan?

Jawapan
Ya, betul. Bidang pendidikan menyentuh keseluruhan rakyat dalam pelbagai peringkat. Ia melibatkan 5.5 juta orang murid, 450 ribu orang guru serta keluarga yang terlibat.

Persediaan. Kita amat teliti. Sebelum KPM buat pengumuman, kita dah bincang dengan pelbagai pihak. Segenap lapisan kerana kita tahu sebarang keputusan akan memberi kesan kepada semua pihak.

Dalam keadaan krisis kena ada pendekatan yang cukup kemas. Kita tidak mahu keputusan yang dibuat memberikan kesan sebaliknya. Terima kasih kepada ibu bapa dan pelbagai pihak yang telah memberikan input kepada KPM supaya kami dapat buat keputusan yang terbaik setakat ini.

Soalan 2
Bilakah sekolah nak dibuka? Apakah langkah pendek, sederhana dan panjang? Apa strategi untuk meredakan kebimbangan ibu bapa?

Jawapan
Apabila perbincangan dibuat dengan pelbagai pihak, hampir semua pihak menyatakan bahawa keselamatan adalah paling utama. Itu asas. Berdasarkan asas itu, kita lihat faktor dan cabaran.

Kita menilai isu ini dari hari ke hari. Memantau dan berbincang rapat dengan KKM can MKN untuk melihat bila paling sesuai untuk dibuka sehingga keadaan reda. Betul, ibu bapa perlu pedoman bila akan buka, kita akan umum dua minggu sebelum.

Kalau sekolah buka, pelajar peperiksaan sahaja terlibat, yang akan ke sekolah. Tak akan ada peperiksaan diadakan dalam masa terdekat. Kita bincang bila/tempoh yang paling sesuai dengan mengambil kira keadaan semasa.

Kita batalkan PT3 dan UPSR. Itu pengumuman utama untuk memberi gambaran yang jelas. Saya amat berharap ibu bapa dan guru berada sedikit keterangan, sekurang-kurangnya kepada anak-anak. Mereka dapat gambaran yang jelas.

Soalan 3
Bagaimana KPM mengambil keputusan ini kerana sistem pendidikan kita sudah lama berorientasikan peperiksaan?

Jawapan

Itu yang kita hadapi. Sangat besar kesannya kerana ia melibatkan bilangan murid yang begitu ramai. Jika kita lihat satu sekolah mungkin 100 orang, bila kita buat peperiksaan akan jadi satu juta. Ia akan memberikan kesan yang besar.

Kita utamakan keselamatan anak-anak terutama yang darjah enam kerana mereka mempunyai ruang yang lebih besar lagi selepas ini.

Apa ganti peperiksaan? Perlu lihat dua konteks:
Pertama, Kesemua pelajar tingkatan tiga dan darjah enam tiada peperiksaan. Kerana penilaian boleh dibuat melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Guru dah ada maklumat dan boleh diteruskan.

Kedua, ibu bapa yang nak menghantar anak mereka ke sekolah khusus, satu pentaksiran khas akan dilakukan untuk anak-anak yang berhasrat ke sekolah ini. Penilaian ini dibuat bukan semasa-mata bergantung kepada akademik. Perlu dilihat daripada pelbagai aspek yang menyeluruh.

Pusingan 2
Soalan 4
Bagaimana KPM mahu melandaikan kurang perbezaan akses dalam kalangan murid?

Jawapan

Apabila berlaku PKP1, pelajar sedang bercuti. Kita mempunyai masa untuk menilai pada waktu itu Apakah yang terbaik. Jadi apabila PKP1 tamat, kita keluarkan satu garis panduan PdP di rumah. Namun begitu, kita dapat ada perbezaan dari segi accessibility dan pemilikan peranti.

Sistem online selama ini digunakan dalam konteks sekolah. Internet ada, hardware ada. Tetapi bila berlaku PKP, kita lihat dengan saiz telefon pintar yang kecil, PdP tidak dapat dioptimumkan.

Dalam satu keluarga ada lima orang anak. Laptop satu kongsi lima. Ini merupakan satu tekanan kepada ibu bapa. Begitu juga guru. Di sesetengah kawasan ada masalah line internet. Dalam garis panduan, kita serahkan kepada guru apa yang mereka rasakan yang terbaik untuk mereka dengan mengambil kira kekangan murid dan guru.

Isunya adalah infrastruktur. Bagaimana nak cari maklumat jika tiada peranti. Ini cabaran besar dalam konteks PdP di rumah.

Sekiranya guru dapati ada pelajar mempunyai masalah untuk akses PdP melalui online, guru boleh cari apa sahaja kaedah yang dirasakan terbaik kerana kita tak mahu ketinggalan dalam PKP ini.

Soalan 5
Apa inisiatif lain KPM selain PdP online?

Jawapan

Kita sedar isu ini dan kita sedar murid tiada akses. Kita cari apa kaedah yang terbaik. Terima kasih kepada KKMM yang bekerjasama dengan kita. Kita hidupkan balik TV Pendidikan di Okey Channel setiap hari dua jam kerana kita nak pastikan pelajar mendapat akses yang berterusan.

Dengan dua jam tidak mencukupi. Sebab kita ambil kira semua pelajar. Darjah satu hingga enam, tingkatan satu hingga enam. Kita sedang cari kaedah yang terbaik.

Soalan 6
Bagaimana persediaan dan strategi KPM apabila sekolah dibuka nanti?

Jawapan

Apabila.buka sekolah nanti, akan ada normal baharu. Jika dulu satu kelas, 35 atau 40 orang murid. Duduk berdekatan sebelah-sebelah. Selepas ini mereka kena dijarakkan. Isu adalah infrastruktur.

Yang akan ke sekolah adalah pelajar peperiksaan sahaja kerana jumlahnya lebih kecil dan mudah dikawal. Mereka lebih dewasa. Kita akan lihat bagaimana sistem yang hendak dijalankan.

Sekarang kita di peringkat akhir menyediakan garis panduan pengoperasian sekolah pasca Covid ini. Kita bincang bagaimana masuk sekolah, ambil suhu. Bila masuk kelas, mungkin kena cari kelas yang lebih besar. Kena pecah dua kelas. Bagaimana dengan cikgu, siapa nak ajar kelas ini dan kelas satu lagi.

Soalan 7
Bagaimana aspek urus tadbir sekolah pada waktu ini?

Jawapan

Peperiksaan ditunda untuk memberi ruang kepada pelajar tahun ini membuat persediaan. Kita kaji dari semasa ke semasa. Sekiranya PKP tamat, keadaan kembali normal lebih awal, pelajar akan menamatkan kurikulum lebih awal, cuma menunggu masa peperiksaan maka ruang boleh digunakan untuk ulangkaji di rumah dan sekolah.

Saya bagi Jaminan keputusan kita menunda ini tidak akan memberi kesan kepada murid pada tahun hadapan.

Pusingan 3
Soalan 8
Pandemik memberi ruang untuk mengetuai perubahan dalam pendidikan. Bagaimana ini hendak dipolakan?

Jawapan

Kita bercakap mengenai negara lain. Mengapa kesan tidak mengakar? Ilmu Ini datangnya secara lebih (orang kata) lebih ikhlas kerana ingin mengetahui dan akan kekal lama.

Kita tanamkan dalam diri anak-anak mereka belajar kerana ilmu, menuntut kerana ilmu. Konsepnya mudah, ilmu untuk ditimba untuk mengetahui akan kekal lebih lama. Inilah ruang untuk kita lihat potensi anak-anak.

Saya cukup terasa bila balik ke tanah air, lihat anak-anak darjah enam pergi pusat tuisyen. Saya rasa sampai darjah enam, biarkan anak-anak explore dan biarkan lebih semulajadi. Kita perlu lihat konteks dengan lebih luas. Anak-anak menerokai ilmu.

Soalan 9
Bagaimana nak. Implimentasikan hasrat Dr.?

Jawapan

Sistem yang kita ada dah baik. Ada kerangka dan asas yang lengkap. Cuma. Kita kena cari ruang yang perlu ditambah baik. Sudah ada peralihan, dah ada usaha ke arah itu. Kita terus menambah baik.

Kita bergerak dengan asas yang ada.

Soalan 10
Bagaimana nak buat keputusan berdasarkan data?

Jawapan

Bila nak buat keputusan, kita dapatkan maklumat melalui soal selidik. Kita kaji, kita dengar pandangan. Bincang dengan pelbagai pihak. Tetapi akhirnya kami di KPM perlu buat keputusan yang terbaik berdasarkan data yang kami ada. Berilah peluang kepada kami untuk lakukan yang terbaik.

Kita lihat TVET. Kursus hampir sama, pelajar kurang. Inilah data yang perlu diperhalusi. Kita bergerak sebagai sebuah kerajaan dalam mengoptimumkan manfaat daripada sumber yang ada.

Soalan 11
Apakah jaminan Dr., guru juga perlu ruang dan peluang

Jawapan

Guru diberi fleksibiliti untuk memilih kaedah yang dirasakan terbaik berdasarkan kekangan yang ada. Kita sedar akan kekangan home based learning ini. Guru boleh diberi bimbingan. Guru perlu diberi ruang.

Penafian:
Ini adalah catatan peribadi. Jika ada percanggahan fakta atau konteks, maka salinan rasmi daripada Pejabat YB Menteri hendaklah dirujuk.

Wan Ahmad Faiz Marzuki
#padi
#StayAtHome


RUMUSAN

*HALA TUJU NORMAL BAHARU PENDIDIKAN*
Menteri Pendidikan Malaysia

1. Asas mula persekolahan - keutamaan keselamatan anak-anak pelajar.

2. Kelas peperiksaan diberi keutamaan mula sesi persekolahan selepas tamat PKP.

3. Tiada gantian peperiksaan dari pembatalan UPSR dan PT3. Satu Pentaksiran Khas akan dibuat bagi pelajar-pelajar yang bercadang ke Sekolah-sekolah Khas dengan mengambilkira semua kriteria - bukan akademik semata-mata.

4. Guru diberi kebebasan menentukan bentuk PDPC secara online yang sesuai sepanjang PKP dengan mengambilkira kekangan guru dan kekangan murid. (Peranti dan akses internet) dalam masa yang sama KPM akan memikir dan mengambilkira kaedah yang sesuai untuk mgatasi dan meminimakan kekangan yang ada.

5. Sistem persekolahan berdasarkan SOP selepas PKP dengan kaedah pengasingan pelajar bagi jaminan keselamatan sepanjang di sekolah.

6. Perincian kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan suku pertama 2021 akan dibuat dari masa ke semasa.

7. Pemahaman bermula dari akar umbi bahawa BELAJAR UNTUK ILMU ke arah realisasikan perubahan dalam pendidikan. IKHLAS BELAJAR UNTUK MENGETAHUI bukan belajar penekanan pada peperiksaan. Penambahan baikan dari sistem pendidikan sedia ada.

Sekian.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PKP: Rumusan hala tuju normal baharu pendidikan - Dr Radzi Jidin"

Posting Komentar