Loading...

MISTERI ISTANA BUNIAN WUJUD HAMPIR 33 TAHUN BERDEKATAN PANTAI IRAMA BACHOK

Loading...
tempat menarik di bachok

Terdapat beberapa pendapat mengenai asal-usulnya makhluk yang digelar bunian, antaranya ialah mereka adalah daripada keturunan jin. Pendapat kedua pula menyatakan bahawa mereka ialah hasil perkahwinan antara manusia dengan jin. Dan pendapat ketiga dan yang sebenarnya, Bunian adalah makhluk ciptaan Allah dan bukan dari keturunan manusia, jin mahupun malaikat.

Untuk artikel kali ni; saya bukanlah nak mengulas panjang mengenai asal-usul sebenar kisahnya Bunian ni, tapi ingin berkongsi dengan korang semua tentang sebuah lokasi menarik yang dikatakan ada kaitannya dengan Bunian.

ISTANA BUNIAN BACHOK

Dalam kesibukan Pantai Irama Bachok dalam menerima pengunjung untuk makan angin dan beriadah, wujudnya satu tempat dengan seni bina yang cukup unik dan penuh misteri yang digelar sebagai Istana Bunian berdekatan dengannya. Persoalannya, adakah Istana ini diinap oleh orang Bunian? Istana bunian ini dikatakan milik seorang lelaki setempat (Kampung Tok Burung, Bachok) yang bernama En. Hashim Abdul Rahman.

istana bunian di bachok

Istana Bunian ini merupakan harta persendirian En. hashim yang dibina sendiri olehnya seorang diri dan wujud di kampung itu sejak tahun 1987 lagi. Setahu saya, beliau merupakan seorang tukang rumah yang terkenal dengan hasil kerja seni yang sangat teliti. Walau bagaimanapun, Istana Bunian yang dibina olehnya ini dikatakan sebuah "rumah yang tidak pernah siap". Ini kerana, sekiranya Beliau tidak berpuas hati dengan binaan pada bahagian tertentu, dia sendiri akan memecahkan bahagian tersebut dan membina semula dengan rekaan terbaru sehingga dia sendiri puas hati dengan rekaan tersebut. 

MAKSUD SEBENAR ISTANA BUNIAN

Menurut pemiliknya, Istana Bunian ini bermaksud;
Istana bermaksud besar, cantik dan indah manakala bunian bermaksud alam halus. Jadi istana bunian merupakan sebuah bangunan yang indah dengan reka bentuk ukiran yang halus
istana bunian di bachok

Idea membina istana bunia ini tercetus sejak beliau berumur 12 tahun lagi. Malah dia turut menimba ilmu seni daripada alam semulajadi seperti bukit bukau dan gunung ganang. Dari segi struktur reka bentuk dalam istana tersebut, ianya diperbuat daripada bahan simen dan diukir mengikut kreativiti En. Hasyim sendiri.
istana bunian di bachok
pandangan hadapan istana bunian
istana bunian di bachok
pandangan sisi istana bunian
Jadi, Istana Bunian di Bachok ini bukanlah sebuah lokasi misteri dan mistik seperti yang kita fikir. Ianya cuma sebuah bangunan yang mana menjadi tempat untuk pemiliknya berkarya. Kalau korang teringin nak tengok sendiri Istana Bunian ni, korang boleh lah ke Kampung Tok Burung, Bachok. Ianya betul-betul berada di kawasan perumahan di seberang jalan Pantai Irama Bachok.


Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MISTERI ISTANA BUNIAN WUJUD HAMPIR 33 TAHUN BERDEKATAN PANTAI IRAMA BACHOK"

Posting Komentar