Loading...
Percutian di negeri sendiri bukanlah sesuatu yang membosankan bagi saya. Ianya cukup perfect apabila diundang dan dapat bercuti di sebuah resort yang cukup terkenal di negeri Kelantan iaitu Villa Danialla Beach Resort yang terletak dalam daerah Bachok.
Resort ini lebih dikenali dengan Villa Danialla Tok Bali kerana lokasinya yang tidak jauh dari lokasi tumpuan Tok Bali.
KAMAR DI VILLA DANIALLA BESAR & SELESA
Villa Hamat 5
Dua (2) malam menginap di Villa Hamat 5 sudah tentu sangat menerujakan dan banyak hal menarik untuk dikongsikan dengan korang semua. Sebuah bilik yang sangat luas dengan kelengkapan yang cukup lengkap.
kedudukan katil & almari baju di Villa Hamat 5
kedudukan katil & sofa di Villa Hamat 5
ruang rehat bersofa dan mini pantry di Villa Hamat 5
Bukan sahaja ruangan bilik tidur sahaja, malah ruangan mandi juga mampu buat sesiapa saja yang tengok teruja. Ruang mandi yang cukup besar dan selesa.
ruangan tandas dan tempat mandi di Villa Hamat 5
Untuk pengetahuan korang semua, setiap kamar di Villa Danialla Beach Resort dihias dengan dekorasi dan susun atur perabot yang berbeza.
Villa Meriam sesuai untuk pasangan
Selain Villa Hamat yang kami inap, korang juga boleh memilih untuk tinggal di Villa Matahari, Villa Ombak, Villa Zainab, Villa Meriam, Villa Haflin, Villa Russkaya, Villa Sarah, atau Villa Dato Siti. Tentang harga, korang tak perlu risau kerana mereka menawarkan harga yang cukup berbaloi-baloi dengan hanya serendah RM300 ke atas semalam mengikut cita rasa masing-masing.
Bagi booking setiap bilik:
*breakfast percuma untuk 2 dewasa dan 2 kanak2 bawah 3 tahun sahaja.
*add on breakfast extra dewasa rm15
*add on breakfast extra kanak2 ( 4-12 tahun )Rm10
swimming pool bersaiz olympic hingga kedalaman 12 kaki
INFINITY POOL | Istimewanya Villa Danialla ni kerana ianya berada di pesisiran pantai dan mempunyai sebuah kolam renang infiniti (infinity pool) yang bersaiz olympik dari kedalaman lima (5) kaki hingga ke dua belas (12) kaki yang betul-betul menghadap pantai.
kedalaman swimming pool bermula dari 5 hingga 12 kaki
Bagi booking setiap bilik:
*penggunaan kolam renang PERCUMA untuk 2 dewasa dan 2 orang kanak-kanak sahaja
menikmati keindahan matahari terbit di pantai sambil menunggang kuda
HORSEBACK RIDING | Selain dari berehat di bilik yang sangat selesa dan mandi di infinity pool mereka, pengunjung juga boleh melakukan banyak aktiviti menarik seperti menikmati matahari terbit (sunrise) sambil menunggang kuda di persisiran pantai dengan hanya bayaran RM100 sejam (termasuk kelengkapan topi dan boot).
BEACH VOLLEYBALL | Untuk yang datang dengan kawan-kawan secara berkumpulan, korang juga boleh meluangkan masa bersama untuk bermain bola tampar pantai berdekatan dengan Villa Dato Siti.
kuih tradisi akok yang dibakar guna dapur kayu dan sabut kelapa
AKOK DAPUR KAYU | Di Villa Danialla ini juga, korang boleh menikmati keenakan makanan tradisi masyarakat negeri Kelantan iaitu "akok" . Lebih menarik, akok yang bakal dihidangkan pada korang adalah akok yang dibakar dengan menggunakan 100% cara asal atau cara tradisional iaitu dengan menggunakan dapur kayu dan sabut kelapa.
Jadi sangat sesuailah untuk di oder dan dijadikan menu untuk hi-tea dengan keluarga dan kawan-kawan kan. Boleh tahan rasa dia, keunikan pada rasa tu memang ada sebab ia dibakar guna dapur kayu.
dewan utama untuk pelbagai program & majlis
SEWA DEWAN | Pada pendapat saya, Villa Danialla juga merupakan sebuah tempat peranginan yang sangat cantik untuk dijadikan lokasi aktiviti korporat (meeting dll) dan majlis perkahwinan, kerana mereka juga mempunyai dewan yang besar dengan kelengkapan yang cukup bagus dan selesa.
sekitar ruang dalam dewan utama
Pengunjung juga boleh berkunjung ke bandar kerana jarak vila ini hanya berlokasi 48 km dari bandar Kota Bharu. Selain itu, vila ini juga menjadi satu lokasi persinggahan yang popular bagi mereka yang ingin bercuti di Pulau Perhentian. Mana taknya, lokasi vila ni hanya makan masa tak sampai setengah jam perjalanan untuk ke jeti Kuala Besut. Jadi, alang-alang korang plan untuk bercuti ke Pulau Perhentian tu bolehlah ambil masa sehari dua untuk stay di sini.
Villa Danialla Beach Resort
Alamat : Lot 385, Kandis, Jalan Tok Bali, 16310 Bachok, Kelantan
Untuk tempahan, boleh whatsapp ke : +60 13 928 3878
Email : www.villadanialla.com
Instagram : https://www.instagram.com/villadanialla/
Loading...
0 Response to "VILLA DANIALLA TOK BALI TAWAR HARGA BILIK SERENDAH RM300 SEMALAM"
Posting Komentar