Loading...
HOTEL QLIQ DAMANSARA | Apa yang pertama muncul kat fikiran korang kalau terdengar atau ternampak mengenai DAMANSARA? Bagi saya sendiri sudah semestinya akan terfikir akan tempat dimana golongan-golongan elit atau orang kaya menetap. *itu sayalah, kalau korang tak taulah kan. Apapun untuk entry kali ni saya nak share pengalaman saya menetap di sebuah hotel yang terdapat di Damansara Perdana iaitu HOTEL QLIQ DAMANSARA.
HOTEL QLIQ DAMANSARA merupakan sebuah hotel yang berkonsepkan minimalis & modern. Setiap bilik yang mereka tawarkan di hotel ini mempunyai penghawa dingin, tingkap besar dan WiFi PERCUMA.
Setiap bilik dilengkapi dengan TV satelit skrin-rata, dan peti keselamatan. Bilik mandi peribadi dilengkapi dengan pancuran, pengering rambut dan kelengkapan peribadi percuma (berus gigi). Linen dan tuala juga disediakan.
KEMUDAHAN DI HOTEL QLIQ DAMANSARA
HOTEL QLIQ DAMANSARA mempunyai kolam renang dalaman, sebuah pusat kecergasan dan menyediakan tempat letak kenderaan persendirian PERCUMA. Kemudahan lain termasuk kemudahan mesyuarat, penyimpanan bagasi dan kemudahan dobi juga disediakan. Kemudahan Starbuck juga ada hanya bersebellahan dengan hotel ini.
LOKASI TERDEKAT HOTEL QLIQ DAMANSARA
HOTEL QLIQ DAMANSARA ini terletak 1.3 km dari KidZania Kuala Lumpur, 2.2 km dari Bandar Utama 9 Hole Golf Course dan 4.9 km dari Kuala Lumpur Golf & Country Club, dan 11 km ke bandar Kuala Lumpur. Bagi mereka yang datang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ianya terletak 47 km jauhnya.
LOKASI TERDEKAT HOTEL QLIQ DAMANSARA
HOTEL QLIQ DAMANSARA ini terletak 1.3 km dari KidZania Kuala Lumpur, 2.2 km dari Bandar Utama 9 Hole Golf Course dan 4.9 km dari Kuala Lumpur Golf & Country Club, dan 11 km ke bandar Kuala Lumpur. Bagi mereka yang datang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ianya terletak 47 km jauhnya.
Catatan blog ini dapat diwujudkan menerusi program Rentak Selangor, iaitu lawatan media yang diadakan pada 1 hingga 4 Disember 2016 lalu. Acara itu telah dianjurkan oleh Gaya Travel Magazine dan disokong oleh PUSAKA sempena mempromosikan Negeri Selangor.
Loading...
0 Response to "KEMUDAHAN PARKING PERCUMA DI HOTEL QLIQ DAMANSARA"
Posting Komentar