Loading...
Dah lama rasanya tak pekena steamboat, alang-alang ke Ampang tempoh hari sempat jugak singgah di Restoran Q Thai Steamboat untuk makan malam selepas selesainya solat magrib kami di Masjid Al-Mustaqim yang berada beberapa minit berjalan kaki dari restoran ini.
Lokasi Restoran Q Thai Steamboat cukup strategik dan merupakan tempat tumpuan penduduk mencari tempat makan. Dengan keadaan Restoran Q Thai Steamboat yang besar dan bersih ianya dapat memberikan mood yang cukup baik untuk saya makan malam di sana.
Nasib kami cukup baik malam tu kerana Restoran Q Thai Steamboat baru sahaja memperkenalkan menu baru mereka yang berasaskan keju. Menu ini dikenali dengan #CheesyMakMak yang berharga hanya RM89 satu hidangan untuk 2 ke 3 orang makan.
Bagi saya, hidangan menu baru Cheesy MakMak ini sangat best, kerana kombinasi makanan steamboat yang ada bersama menu signature mereka iaitu Bangkok Chicken dan Chicken fried.
Untuk pengetahuan korang, "Mak Mak" merupakan pinjaman perkataan dari bahasa thai yang bermaksud banyak. Ini merujuk kepada konsep yang mereka cuba sampaikan dengan menu baru mereka iaitu "Keju yang banyak".
Nasi Goreng Tom Yam dengan keju juga menjadi sebahagian dari pakej ini . Saya sendiri akui menu seperti ini merupakan sesuatu yang baru dan mungkin agak pelik bagi sesetengah orang. Tapi, belum cuba belum tahu akan rasanya. Ternyata ianya boleh diterima dan sedap.
Untuk pilihan minuman pula, ianya tidak termasuk di dalam hidangan. Ianya perlu di tempah asing dengan harga seperti berikut.
Selain dari itu, anda juga mempunyai pelbagai pilihan menu gaya bufet dengan pilihan pelbagai jenis sayur-sayuran, makanan laut, ikan dan bola sotong, ayam diperap, sotong, udang dan banyak lagi Pakej (steamboat + sizzlingBBQ + dimsum) hanya RM38 per pax . Namun ada bahagian lain dengan udang lebih besar, ikan, seluruh ketam jenis yang dikhaskan untuk RM48 per pax (Arang BBQ + SizzlingBB + steamboat + Dimsum). Saya sendiri rasa cukup erbaloi untuk bawa keluarga dan rakan-rakan ke sini.
Alamat :
Restoran Q Thai Village
Taman Dagang
Ampang, Kuala Lumpur
Facebook : http://ift.tt/2ny9jc3
Website : http://ift.tt/2odIRY5
No Tel : 019-282 2256
Loading...
0 Response to "MENU BARU DI Q THAI STEAMBOAT AMPANG | CHEESY MAKMAK"
Posting Komentar